Oleh FAZLI RADZI / February
3, 2022
Mohamed Nedim Nazri
menempelak sikap orang ramai di media sosial yang membangkitkan isu air botol
mineral jenama Evian.
Anak bekas menteri Umno,
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang juga kini Ahli Parlimen Padang Rengas
mempersoal bagaimana golongan muda ini akan menjadi pemimpin akan datang.
Jenama minuman dengan
sumber airnya dikatakan digali di French Alps itu hangat diperkatakan di Twitter selepas
dikesan ‘muncul’ dalam mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara
(NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 31 Januari lalu.
“Teruk sangat orang bebal
sekarang ni, pasal air mineral pun depa cari point.
“Generasi muda jenis ini nak jadi pemimpin masa depan? Mampuih,”
kata Nedim, 39, di Twitter.
Untuk rekod, ‘Evian’ muncul sohor dengan 18,000 ciapan di Twitter setakat
jam 3.30 petang ini.
Nedim yang juga suami kepada pelakon cantik, Nora Danish itu
sebelum ini dikecam selepas mengeluarkan kenyataan mendakwa mangsa banjir
‘demand’ kerana meminta pelbagai barangan termasuk selimut dan gula.
Komentar Nedim berkenaan air botol Evian itu kemudiannya
mengundang reaksi warganet.
Antaranya, Mohammad Faeez Harith yang menegaskan sebotol air minuman itu boleh
membeli separuh ekor ayam.
“Itu boleh sara hidup keluarga kecil untuk
dua hingga tiga hari makan. Ah engkau, mangsa banjir minta gula dengan selimut
pun kau dah membebel, koyak,” katanya.
Sementara itu, pengguna Twitter @mystiquevelvet
pula berkata, orang istimewa yang dibesarkan dengan sudu perak tidak akan
pernah memahami nasib rakyat biasa.
“… saya khuatir anda tidak dibesarkan oleh
ibu bapa anda untuk mempunyai belas kasihan atau empati,” ujarnya lagi.
Bagi Farhan Akhbar pula secara sinis
bertanyakan sama ada wujud atau tidak anak-anak ahli politik Umno yang bijak.
“Tiada seorang pun anak ahli politik Umno
yang pandai-pandai ke? Dari anak presiden hingga anak menteri besar, anak ahli
parlimen semua sama bangang saja,” kecamnya.