Panas!!! Razlan dakwa
ramai pemimpin PAS jadi “buta tuli” selepas dapat habuan dari kerajaan PN.
Seorang pemimpin Umno hari ini meminta Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam
Khirudin supaya bertanyakan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengenai
siapa pengkhianat sebenar yang menghalang penyatuan ummah antara parti itu dan
Umno.
Anggota Majlis Tertinggi
Umno, Razlan Rafii, mendakwa ramai pemimpin PAS yang menjadi “buta tuli”
selepas mendapat habuan jawatan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Nada seiring dengan
PPBM (Bersatu) yang mengaitkan PRN Melaka kononnya salah Umno, walhal semua
tahu Anwar (Ibrahim) menawarkan jawatan ketua menteri kepada Idris (Harun) dan
habuan untuk tiga lagi Adun.
“Elok diam dan tak perlu
nak ugut-ugut, penyatuan ummah dimulakan oleh Umno dan PAS, Bersatu adalah
penghalang ketika itu.
“Tanya Takiyuddin, siapa
pengkhianat sebenar! Siapa yang menghalang penyatuan ahli akar umbi dengan
Umno? Ramai ahli PAS mahu bersama Umno tanpa PPBM, yang memegang jawatan dan
habuan dari kerajaan PN sudah buta tuli melihat kebenaran perjuangan ummah
sebenar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu Khairil Nizam
dalam satu wawancara bersama Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan
berpandangan siri “pengkhianatan” oleh Umno bukan dicetuskan parti itu, tetapi
oleh kumpulan tertentu di dalamnya.
Katanya, kesabaran PAS
dalam mendepani kerenah Umno ada batasnya.
“Jadi kita tak boleh
letakkan Umno secara keseluruhan dalam satu bakul. Ada kluster-kluster
tertentu. Penghormatan PAS kepada Umno adalah terhadap kluster yang mahukan
penyatuan ummah dan yang fokus untuk Malaysia kembali kepada tempatnya selepas
berdepan dengan Covid-19,” katanya dalam wawancara itu.
Dalam ada itu Razlan
mendakwa antara pemimpin PAS yang bersikap berdiam diri apabila menerima habuan
PN termasuk Khairil Nizam sendiri selepas dilantik sebagai senator.
“Mana-mana pihak dalam
PAS yang mendapat habuan pangkat serta jawatan seeloknya mengambil sikap
senyap, takkala ketua pemuda PAS dilantik Senator, ketua pemuda Umno terus
berjuang, takkala Muhyddin Yassin membeli hati PAS dengan jawatan dan pangkat,
akar umbi Umno dan PAS terus bergelut berjuang tanpa hilang sekelumit sayang
pada ummah.
“Selagi ada yang memikirkan keuntungan peribadi, selagi itu semangat kesatuan ummah akan dikuburkan,” katanya lagi.