ITULAH DIA SAIFUDDIN NASUTION !!


 














Membicarakan satu susuk bernama Saifuddin Nasution, semua mengenali beliau sebagai salah seorang pemimpin yang 'membidani' Parti Keadilan Rakyat yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasiional. Seorang pemimpin yang begitu kemas berpidato, kehebatannya di dalam mengingati satu-satu detik peristiwa dalam sejarah parti dan pidatonya amat mudah difahami oleh pendengar.
Kita sukar untuk membaca atau mengenali di mana Saifuddin Nasution berada di kalangan pimpinan parti kerana beliau dilihat tidak mempunyai 'kem' atau 'puak' di dalam parti kecuali dikenali sebagai pendokong setia kepada parti dan Presiden. Ini bukan bermakna beliau pengampu kepada Presiden bahkan di dalam banyak mesyuarat parti, beliau sering mempunyai pandangan berbeza dengan Presiden, cumanya beliau memiliki tahap disiplin yang tinggi di dalam berorganisasi.
Di atas sifatnya itulah maka bertepatan apabila tugasan sebagai SUA parti disandang oleh beliau ketika ini. Beliau pernah tewas di dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden di dalam pertandingan tiga penjuru di antara beliau, Tan Seri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali pada tahun 2014. Azmin muncul sebagai pemenang apabila berlaku perpecahan undi di antara Tan Seri Khalid Ibrahim dan Saifuddin Nasution. Kekalahan beliau ketika itu di antara faktornya adalah beliau mengambil keputusan bertanding disaat-saat akhir dan tentunya tidak banyak persiapan yang mampu beliau lakukan.
Apabila beliau tewas di dalam pemilihan tersebut, Saifuddin Nasution tidak merajuk, berehat jauh sekali mahu menyalahkan mana-mana pihak. Beliau akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh ahli-ahli Keadilan dan terus berkhidmat kepada parti dan sentiasa membantu parti di dalam menghadapi sebarang ujian, dugaan mahupun pilihanraya. Merajuk atau berehat, tiada di dalam kamus perjuangan beliau. Kehebatan beliau di dalam berhujah dengan fakta dan angka menjadikan beliau sentiasa dipilih untuk menjadi salah seorang jawatankuasa rundingan kerusi bersama rakan-rakan parti komponen.
Benar, beliau pernah mengangkat nama Rafizi di dalam satu program penerangan dan pelancaran sebuah buku. Program tersebut adalah salah satu program sewaktu kempen pemilihan parti pada tahun 2018. Waktu itu nama Rafizi amat popular sebagai saingan kepada Azmin yang mempertahankan jawatan Timbalan Presiden. Maksudnya, Saifuddin Nasution ketika itu boleh dikatakan 'penyokong Rafizi'. Meskipun beliau merupakan senior kepada Rafizi di dalam parti, namun sikapnya yang merendah diri dan percaya bahawa Rafizi akan menjadi seorang pemimpin pelapis muda yang kental, tabah serta boleh membantu parti, maka beliau tidak kekok untuk menzahirkan nama Rafizi di dalam ucapannya. Bila kejadian itu berlaku? Tahun 2018. Waktu itu memang ramai yang bersependapat dengan Saifuddin tentang Rafizi. Malangnya, Rafizi tewas di dalam pertembungan yang penuh kontroversi tersebut.
Masa terus berlalu. Keadilan diuji dengan berbagai ujian sewaktu parti ini berada di dalam kerajaan hinggalah kerajaan PH itu dikhianati. Dalam tempuh tersebut kita dikejutkan dengan pengumuman dari Sdr Rafizi bahawa beliau mahu 'berehat' dari politik. Parti waktu itu, bahkan Presiden Dato Seri Anwar Ibrahim sentiasa berhadapan dengan ujian, dugaan dan cabaran hebat bukan sahaja dari luar bahkan dari dalam gabungan PH itu sendiri.
Kesan dari pengkhianatan amat besar kepada parti. Waktu itu, Saifuddin Nasution bersama beberapa pimpinan lain tetap teguh bersama Presiden dan terus bekerja untuk parti. Beberapa pilihanraya samada PRK atau PRN, Saifuddin terus turun membantu parti di samping tidak melupakan tugasnya di pejabat Tropicana selaku SUA. Tiada waktu untuknya berehat sambil melihat Presiden atau parti digasak oleh musuh. Di dalam banyak keputusan yang dibuat oleh Presiden atau parti mahupun Majlis Presiden PH walaupun tidak semuanya disukai oleh beliau, ketaatan dan disiplin telah membataskannya untuk bertindak di luar batasan.
Terbaru, rundingan di dalam PH dalam menentukan logo yang akan digunakan di dalam PRN Johor, Saifuddin Nasution berjaya membawa hasrat akar umbi iaitu logo Keadilan akan diguna pakai oleh parti bagi menghadapi PRN Johor tidak berapa lama lagi. Logo bukan penentu mutlak untuk mencapai kemenangan tetapi gerak kerja dan strategi turut memainkan peranan penting. "Bekerja belum tentu menang, tetapi tidak bekerja sudah pasti kalah" - Almarhum Hj Suhaimi Said.
Saya yakin, seperti biasa Saifuddin Nasution tetap akan turun ke Johor untuk membantu parti samada akan menang atau kalah, samada berlaku pemilihan parti atau tidak. Maka, tidak hairanlah ramai di kalangan ahli parti memohon agar beliau mencuba sekali lagi untuk bertanding bagi jawatan TIMBALAN PRESIDEN pada pemilihan pada bulan April nanti. Presiden perlukan orang kanan yang setia, sabar, dedikasi dan berdisiplin di samping memiliki sifat berani menyuarakan suara akar umbi untuk membantu Presiden bagi menghadapi PRU15 akan datang.
Semoga beliau tidak hampakan harapan akar umbi yang selama ini tidak pernah berehat bekerja untuk parti.
WFAUZDIN NS



No comments: