Polis panggil Ahli Parlimen Batu Pahat bantu siasatan dakwaan langgar SOP......KEH...KEH

 

Gambar tular di media sosial menunjukkan Ahli Parlimen Batu Pahat, Mohd Rashid Hasnon makan bersama dua wanita di sebuah ladang pertanian baru-baru ini. (Gambar Facebook)

BATU PAHAT: Polis akan memanggil Ahli Parlimen Batu Pahat, Mohd Rashid Hasnon yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara selepas gambarnya yang sedang makan bersama dua wanita di sebuah ladang pertanian di daerah ini baru-baru ini, tular melalui media sosial.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Ismail Dollah berkata, selain gambar itu, terdapat sekeping lagi gambar lain turut memaparkan ahli Parlimen berkenaan berada bersama seorang lelaki dan dua wanita tanpa memakai pelitup muka selain tiada penjarakan fizikal.

“Susulan itu, satu laporan polis diterima dan kertas siasatan telah dibuka di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Polis akan memanggil Ahli Parlimen berkenaan dan mana-mana pihak yang terlibat untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan agar dapat bersama-sama membantu membendung wabak Covid-19 yang sedang melanda.

Terdahulu Setiausaha Sulit kepada Mohd Rashid Hasnon hari ini menafikan bahawa timbalan speaker Dewan Rakyat itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 apabila dirakam sedang menikmati hidangan dengan beberapa orang di sebuah lokasi di Johor.

Mohd Zaihan Mohd Zainal dalam kenyataan berkata, kejadian itu berlaku hanya membabitkan Rashid, isteri dan anaknya di sebuah inap desa.

Zaihan berkata, ketika gambar itu dirakam Rashid bersama isteri dan anak sedang makan sementara menunggu masa untuk sesi penyembelihan lembu korban.

No comments: