APA PUNYA ZALIM...MASA KAU NDAK BAWA MENIKAH........MASA TAK NDAK KAU GUNA WASSAP JA CERAI...KAU MEMANG TAK GUNA LA LEBAI

 

Panas! Pemimpin Ulamak PAS didakwa ceraikan isteri guna aplikasi whatsapp?

Panas! Pemimpin Ulamak PAS didakwa ceraikan isteri guna aplikasi whatsapp?

Ketua Dewan Muslimat Pas, Ustazah Nuridah Salleh diminta mengesahkan apakah benar cerita seorang pemimpin kanan Pas telah berkahwin seorang lagi di sebuah masjid di Perak tetapi tidak didaftarkan perkahwinan itu.

Sudahlah begitu, wanita itu kemudiannya diceraikan oleh pemimpin Pas berkenaan tidak sampai setahun kemudian dan ia dilafazkan hanya menggunakan pesanan Whatsapp sahaja.

Ekoran itu, wanita berkenaan terkontan-kanting tentang nasibnya dan didakwa mengadu hal ini kepada Nuridah namun ia gagal diselesaikan secara baik sehingga sekarang.

Menurut sumber, pemimpin berkenaan bernikah di Perak manakala kendurinya telah diadakan di sebuah masjid di Sri Iskandar kerana wanita berkenaan adalah AJK Masjid berkenaan.

Pemimpin Pas berkenaan sepatutnya mendaftarkan pernikahan itu dengan Pejabat Agama Perak namun ia tidak dilakukan.

Beliau didakwa berjanji akan mendaftarkan perkahwinan itu di Kelantan tetapi itu juga tidak dilakukan sehingga kedua-dua mereka bercerai.