APA MATLAMAT MAHATHIR ?

 

SETUJU. Saya sgt sependapat dgn MMMS. Sejak awal lagi bila PH jatuh saya yakin Mahathir adalah puncanya sbb dendam dia pd DSAI. Dia dikhianati selepas berkhianat tu pun saya setuju. Bukti sgt byk, kita pun dah kaji dr sumber rasmi dan dr dalam.

Cuma yg saya sedikit kesal, tapi takde le kecewa sgt ialah kwn2 dlm Amanah ramai jd musuh. Mengutuk saya ni sampai takde limit so be it, saya pun boleh buat benda yg jika mahu. Ia sgt mudah berbanding berhujah dgn fakta. Klau depa nak bermusuh saya takde masalah sbb saya yakin kita dijalan yg benar.

Depa sentiasa mati hujah sbb cuba pertahankan Mahathir walhal org tua tu lambang KEBATHILAN. Amanah ini sudah punah. Tiada jalan kembali jika masih tak sedar diri.

Bukan susah pun nak pastikan Amanah pupus. Rahsia ini PKR tahu. BUKANKAH RAFIZI dan DS SAIF yg PALING INSTRUMENTAL MEMBANTU TUBUHKAN AMANAH? So eloklah parti tu jgn sombong dgn PKR. Jgn paksa org buat. Rentikan dok junjung Mahathir dan nak cuba seret ke PH. Dah byk kali dah kami dok bagi "hint".

Wallahualam.

- Zus Din

04 June 2020

********************

Dari FB wall MMMS : #MESTI BACA...

Dari awal lagi saya persoalkan apa sebenar matlamat utama penubuhan Pejuang lepas gagal dengan UMNO baru dan Bersatu. Mahathir kata Muhyidin sama dengan Najib tapi yang peliknya waktu dia jadi chairman Bersatu dulu yang mana lagi power dari Presiden, takkan dia tak nampak yang Muhyidin ini gagal?

Lepas tu admit yang protoge dia Muhyidin gagal sama seperti admit yang dia sendiri gagal sebab Muhyidin adalah orang yang dia sendiri endorse. Tak lupa juga Najib pun dia endorse, Paklah pun dia endorse tapi gagal. Maknanya semua apa yang dia endorse gagal. Tapi macam saya tulis dulu, Mahathir ini dia suka kalau orang yes man, sebab itu dia tak kisah pun Muhyidin gagal waktu dia jadi pengerusi, as long as mereka continue sokong dia.

Tu sebab tiada tindakan di ambil pada lebai-lebai PAS, sebab lebai PAS pandai bodek dan jilat dia. Ingat bila di ada kuasa, dia sibuk buat benda untuk bagi dia berkuasa selamanya. Cadangan PH dalam manifesto pasal IPCMC , pasal SPRM kena report direct pada parlimen, semua di bakul sampahkan, hangpa ingat apa dia kata?

Manifesto bukan kitab suci. Last-last sekali lepas busukkan nama PH, dia kata PH ada baggage. Punyalah isim yang dia lupa dia dulu jadi PM tapi tak buat apa-apa improvementpun selain dari cuba berkuasa selamanya dan duk perjatuh orang yang dia ada personal vendetta.

Lepas tu siapa ingat quote dia sendiri pasal orang melayu sibuk nak jadi presiden lepas tu buat parti sendiri yang kini berbalik pada diri dia sendiri?

Ini Allah tunjuk depan matapun masih ramai yang taksub tak nampak. Saya tegur ini sama macam saya tegur walaun PAS pra PRU14 yang saya kata perjuangan PAS adalah sia-sia sebab masuk bertanding nak jadi king maker dan bukan nak menang PRU sangat pun. Time tu saya kata PAS makan duit UMNO, berapa banyak makian dan cacian yang saya dapat

Kini yang maki saya semuanya pakat malu. Lepas lebai PAS jual diri pada MCA-UMNO dengan segala dalil dan ayat quran, kini mereka sanggup menjadi balaci Bersatu pula.

Sama juga dengan Pejuang, pastu acah-acah suci kononnya tak nak bekerjasama dengan kleptokrat; tapi time mereka semua ini dalam Bersatu, depa dengan open arms terima MP UMNO yang ada sangkut dengan 1MDB masuk parti depa. Time tu takde pulak cerita pasal kluster Mahkamah.

I know dalam friend list saya ada few people yang fond dengan Mahathir; yang percaya hanya Mahathir sahaja yang boleh baiki Malaysia despite dia masih tersangkut dengan idea 80-an dengan kereta nasional no 3 etc. That is fine, it's a personal choice eventhough i dont understand on the part of doing the same thing all over again and expect different result.

Tapi in term of me as a technical person, kalau nak buat sesuatu benda baharu sebab benda lama rosak atau tak jadi, kita kena kenal pasti dulu apa beza benda lama dengan baru supaya yang baru kita buat tadi tak akan gagal macam benda lama.

Tapi kalau soalan macam:

1) Kenapa Dr Mazlee Malik di pecat dari jadi Menteri padahal dia perform? Adakah kerana desakkan dari cukong?

2) Kenapa kes 90juta lebai PAS di senyapkan padahal bukti sudah jelas?

3) Kenapa TT, Yeo, hampir hendak di pecat padahal mereka perform?

4) Kenapa Menteri yang bodoh macam kereta terbang, Waytha tak di pecat selain dari hendak bagi buruk nama PH?

Itu baru 4, kalau nak listkan lagi banyak. Tapi yang peliknya bila dia cerita pasal baggage yang PH ada, dia sendiri adalah kepalanya. Kiranya macam mengata pada diri sendiri tapi macam saya kata dia ini jenis sama dengan Hadi Awang, nasisistik dan tak akan minta maaf. Padahal kita semua in this hot mess because of him trying to cling to the power forever. Cumanya dia di khianati waktu cuba berkhianat ( should i sympatize to that? )

Lagi best nak bekerjasama dengan Muda dan Warisan, Muda dari segi public perseption is okay tapi kalau bekerjasama dengan Pejuang, Pejuang akan drag depa down. Warisan tak payah nak cerita la, Parti kenegerian bukan Parti nasional, siap kena tolak dengan rakyat Sabah di label parti PTI, lagi itupun masih tak nampak dan sombong. Tapi since muda dan pejuang tak di luluskan, maybe depa akan tumpang bendera Warisan untuk bertanding di semenanjung.

Anyhow, this is good. Bagi jelas pendirian supaya pentaksub Mahathir dalam PH ( baca Amanah) nampak. Kalau takde yang taksub dalam PH, i wont bother to write this pieces, Bila perbezaan itu sangat jelas you need to take sides. Jadi berani macam mana "jebon" berani keluar dari PAS dulu. Jangan jadi macam lebai, PN pun nak, MN pun nak. Rakyat tak suka parti yang tak ada pendirian dan makan dua kolam.

Best of luck la kalau PRU15 nanti especially kalau niat dari awal untuk jadi King Maker ( PRU15 dulu saya kata king maker hanya mahu jadi penjual kerusi pada parti yang menang) , kalau 4 penjuru lagi best, yang pasti PN pasti kalah, hopefully it will drag any parti yang cuba jadi king maker, Kalau PH menang hopefully kita boleh campak jauh2 parti based on kaum yang lagi banyak menipu dari menolong orang melayu.

As usual, my comment is open to any public, kut-kut la ada yang boleh bagi jawapan tuntas kenapa Pejuang masih lagi relevent untuk PRU15.

Wallahualam.

PS: My friend list is almost full, if you find this writing offensive, please make room so i can add people which is more open minded and critical.