NORMAN RADZUAN
TOTAL LOCKDOWN
Kenapa seperti ada kempen salahkan rakyat...
APAKAH PERSEDIAN KERAJAAN UTK RAKYAT?
Akhirnya 1hb ini kita akan kembali total lockdown. Saya terbuka
dlm soal ini demi kebaikkan rakyat tetapi apakah kerajaan sudah menyediakan
plan
terbaik
utk mengelakkan kesengsaraan rakyat yg sdg nazak sekarang ini?
Benar rata2 kakitangan awam sgt gembira dgn berita ini tetapi
bagaimana dgn peniaga2 kecil dan sederhana? Mereka baru sahaja sebulan dua
ingin bernafas semula tetapi kini peniagaan atau pendapatan mereka akn hilang.
Saya baru sahaja dimaklumkan oleh bekas staff saya yg bekerja di
sebuah kilang supply utk produk Nestle. Kilang tersebut dikecualikan ditutup
kerana dianggap essential. Bermakna kilang2 masih byk dibuka...Bab ini saya
hairan maklumat yg kita terima 60% kluster Covid19 adalah dari sektor tersebut.
Mengapa sektor tersebut tidak ditutup utk tempoh 10 hari? Mengapa sasasaran
tidak tepat..kata PKP bersasar.
Cuma jika kita perasan sejak seminggu yg lalu...rakyat seolah
olah dipersalahkan apabila kes ini meningkat. Tanpa disedari seperti ada KEMPEN
besar besaran di media2 massa dari Menteri, Prof Pembodek dan pihak tertentu
menyalahkan rakyat kononnya anti vaksin dan tiada keprihatinan utk mendaftar
vaksinasi ini.
Sedangkan semua org tahu hampir 10 juta rakyat menunggu bila
mereka akn dipanggil. Kenapa maklumat terakhir mengatakan baru hampir 2 juta
divaksinasi? Mengapa di kaca TV setiap hari menyalahkan rakyat sehingga
terpaksa menemubual artis Misha Omar apabila lebih 10 ribu rakyat Kelantan
tidak hadir utk vaksinasi.
Mengapa isu 10 ribu atau barangkali 20 ribu yg tidak hadir itu
diperbesarkan tetapi mengapa isu kelewatan 8 juta pemohon vaksinansi seolah
olah disembunyikan? Mengapa media tidak bertanya kpd rakyat pula yg sudah
mendaftar utk divaksini tetapi sudah dua tiga bulan masih menunggu.
Tak lain tak bukan utk menutup kelemahan kerajaan ini. Saya
ulang lagi rakyat sudah redha peniagan ditutup berbulan bulan melalui PKP 1,
PKP2 dan bermacam lagi pengorbanan dilakukan.
Sehingga kini kita tidak mendapat maklumat yg tepat adakah kita
mencukupi dos vaksin. Kenapa kita lewat menerimanya? Seolah dlm seminggu ini
kempen dijalankan agar 'rakyat menyalahkan rakyat', agar rakyat tidak
menyalahkan kerajaan apabila total lockdown ingin dilakukan.
Tanya saya apa yg perlu kerajaan lakukan skg? Esok kerajaan kita
wajib persembahakan apakah dana atau geran2 yg patut diberikan kpd rakyat yg
terjejas. Jgn pedulikan nasib kakitangan awam yg merupakan deposit pengundi
kerajaan kerana mereka tidak terjejas ketika lockdown ini tetapi peniaga2 kecil
dan sederhana yg dimonopoli oleh org2 Melayu. Sewajarnya mereka diberikan
RM2k-RM3k sebulan dgn mendapat moratarium sebulan kpd mereka.
Rakyat Malaysia jauh berdisplin dari masyarakat di Eropah. Malah
di Sweden mereka langsung tidak mahu memakai mask tetapi kes mereka tidak
segetir kita. Sebagai org Islam selain faktor2 yg pernah saya tulis sebelum
ini...kita kena percaya faktor tiada keberkatan itu juga memainkan peranan.
Apapun saya tidak faham apa yg difikirkan oleh Menteri2 kita
selama ini. Hilang begitu sahaja. Sehingga kini kita masih ternanti nanti dari
Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Pelajaran bagaimana dgn sesi pembelajaran
dan persekolahan. Umumkan sekarang. Pelajar Universiti arahkan mereka
berkampung di kampus. Jgn ada pergerakkan di waktu ini. Tak faham la dia ni.