Saya telah memohon kepada Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri
Pahang supaya membenarkan 2 orang dalam satu kereta sekiranya mereka perlu
BEKERJA dan dari KELUARGA yang sama.
Tempoh PKPD ini, banyak rintihan rakyat bahawa adanya suami yang
perlu hantar isteri, dan ayah kena hantar anak untuk bekerja. Barangkali yang
terjejas adalah keluarga yang lebih susah kerana mereka tidak punyai kenderaan
lebih.
Saya rasa ini juga tidak merumitkan pengkuatkuasaan kerana
mereka boleh membandingkan alamat IC mereka & surat majikan. Pindaan ini
yakin dapat memudahkan urusan rakyat marhein & masih selari dengan hasrat
untuk mencegah COVID19.
Pohon pertimbangan!
Ikuti info
terkini telegram: https://t.me/cheanchung