Tidak pelik apabila kerajaan Malaysia membenarkan kapal terbang Israel melintasi ruang udara Malaysia, kerana pemimpin negara sekarang semakin rapat dengan negara negara Arab yang mengiktiraf Israel seperti UAE dan sekutunya.
Keduanya dipercayai menjadi pelobi kepada negara negara Islam supaya menormalisasikan hubungan dengan Israel.
Inilah akibatnya apabila Malaysia di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang tidak lagi mengamalkan dasar berkecuali sebagaimana diasaskan oleh Allahyarham Tun Razak dan diperhebatkan lagi di zaman Tun Dr Mahathir.
Di bawah pemerintahan yang ditadbir bersama oleh PAS pada hari ini, Israel dibenarkan menggunakan ruang udara Malaysia.
Mohamad Sabu