DEYYYY...TAMBHI...POOOODAHHHH....NAK KELUAR ....KAH..TELOR TAK DE...

 

Akibat Tajuddin dipecat, Umno mungkin keluar kerajaan lebih awal, kata sumber

Akibat Tajuddin dipecat, Umno mungkin keluar kerajaan lebih awal, kata sumber

Pemecatan daripada Prasarana dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Tajuddin Abdul Rahman dijangka menyebabkan Umno menarik keluar daripada kerajaan pimpinan Perikatan Nasional dalam masa terdekat, tanpa menunggu sehingga Ogos ini, kata sumber Umno.

Menurut beliau, kalangan pimpinan Umno yakin pemecatan Tajuddin sebagai pengerusi Prasarana dan gara-gara SPRM dijangka mendakwa beliau atas tuduhan salah guna kuasa, adalah “mainan politik” Bersatu untuk “membalas dendam terhadap pemimpin kanan Umno”.

Sumber itu berkata, jangka masa tepat untuk Umno menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin dijangka ditentukan pada mesyuarat MKT akan datang. Belum ada tarikh ditetapkan untuk mesyuarat itu.

Pada bulan lalu, Tajuddin memberitahu FMT, Umno akan menarik balik sokongan kepada kerajaan selewat-lewatnya Ogos, sekalipun Parlimen tidak dibubarkan ketika itu untuk PRU15.

Umno merangkumi blok Ahli Parlimen terbesar dalam kerajaan PN dan penarikan balik sokongan parti itu dijangka menghakis lagi keabsahan Muhyiddin dan kerajaannya yang menerajui Putrajaya sejak Mac 2020.

Sumber itu berkata, ramai pemimpin Umno tidak mempertikaikan hak kerajaan memecat Tajuddin daripada Prasarana tetapi kesal kerana Ahli Parlimen Pasir Salak itu tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri.

“Tajuddin dilantik (atas persetujuan) PM, kenapa PM tidak panggil beliau dahulu? Kenapa suruh menteri kewangan (Tengku Zafrul Tengku Aziz) keluarkan surat pemecatan?” kata sumber itu.

Beliau berkata “ketangkasan” Tengku Zafrul mengeluarkan surat pemecatan itu pada hari cuti umum (sempena Hari Wesak) hanya menimbulkan lebih banyak persoalan.

Sumber itu juga berkata kalangan pemimpin Umno turut terkejut dengan tindakan SPRM untuk “tiba-tiba” menyiasat Tajuddin atas dakwaan salah guna kuasa.

“Selama ini kita tidak pernah dengar pun Tajuddin ada kes salah guna kuasa, (jadi) mengapa tiba-tiba (ada kes),” katanya

“Tidak adil begitu, macam hendak kenakan orang kanan Umno sahaja,” kata beliau.

Rabu lalu, Tajuddin dipecat sebagai Pengerusi Prasarana berkuat kuasa serta-merta.

Pemecatan atas arahan Menteri Kewangan itu menyusul Tajuddn mengadakan sidang media sehari selepas kemalangan tren LRT yang mengakibatkan 213 penumpang cedera, termasuk puluhan dalam keadaan serius.

Tajuddin dikritik hebat ketika mengendalikan sidang media itu termasuk tuduhan beliau meremehkan soalan wartawan. Pelbagai pihak turut mempersoalkan kepertanggungjawaban beliau berhubung nahas itu.

Sehari selepas dipecat dari Prasarana, Tajuddin ditahan sementara pula oleh SPRM untuk disoal siasat.

Beliau dibebaskan dengan jaminan setelah memberi keterangan semalam. Soal siasat itu dilaporkan dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM iaitu, menggunakan jawatan untuk memperolehi suapan.

Sumber Umno itu memberitahu, susulan sidang medianya yang kontrovesi itu, Tajuddin dinasihatkan oleh pemimpin kanan parti untuk melepaskan jawatannya di Prasarana, namun beliau enggan berbuat demikian, kata sumber Umno itu.

“Maaf kata, (tapi) beliau tidak sesuai memegang jawatan itu, ramai lagi yang layak contohnya macam Ketua Pemuda Umno (Asyraf Wajdi Dusuki), Tok Mat (Timbalan Presiden Mohamad Hasan) pun boleh memandangkan latar belakang (mereka) dalam bidang ekonomi.

“Pemilihan Tajuddin memang silap dari mula lagi, (saya) tidak tahu (jika ada) apa-apa perjanjian beliau dengan PM pada waktu itu,” katanya.

Tajuddin dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana pada 11 Mei 2020.