NORMAN RADZUAN
Ramai yg tidak faham kenapa Muhyiddin patut meletak jawatan
segera. Ini kerana implikasinya kpd rakyat dari segi ekonomi sgt teruk. Tidak
ada mana2 pelabur akn ke negara kita kerana kerajaan kita kerajaan minoriti.
Bukan sahaja pelabur tetapi ramai pemimpin negara luar seolah olah tidak
mengiktiraf Muhyiddin sebagai PM.
Di Eropah Presiden atau PM mereka sgt bertanggungjawab kpd
rakyat. Mereka akn segera meletakkan jawatan jika berlakunya keadaan yg akan
menjejaskan ekonomi dan seterusnya impaknya kpd rakyat.
Apabila kerajaan tanpa majoriti, dlm kes domestik sukar
Muhyiddin berperanan sebagai PM. Sukar beliau menegur dan memperbetulkan
kabinet. Menggugurkan kabinet yg ramai tidak perform hanya akn menjejaskan
kerajaan minoritinya.
Malah Muhyiddin terpaksa melayani kehendak dan pembelajaan yg
tidak fokus kpd masalah rakyat kerana masing2 mengambil kesempatan dlm situasi
Muhyiddin yg kekurangan majoriti. Mereka tahu Muhyiddin tidak akn berani
menegur mereka kerana jika ada hati terluka akn membawa rebah buat kerajaan PN.
Samada PRU atau menyerahkan kpd mereka yg mempunyai majoriti
jalan terbaik. Tidak ada kerajaan di dunia ini yg memerintah tanpa majoriti.
Jika kita berkeras, ekonomi negara yg semakin teruk di rantau Asia Tenggara akn
hancur.
Berdasarkan laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia, IP
merosot lebih jauh kepada negatif 5.5 peratus. Gangguan berpanjangan dlm
ekonomi terus menjejaskan prestasi IP. Tahukah kalian FDI kita di rantau Asia
Tenggara adalah tercorot. Inilah kesannya bila kita berkerajaankan sebuah
kerajaan yg tiada majoriti... siapa yg mahu percaya.
Sudah la kita membazir masa hingga menjejaskan ekonomi berpuluh
tahun oleh kerajaan BN apabila politikus memainkan isu perkauman utk berpolitik
hinggakan billion wang rakyat tiris. Mudahnya berpolitik hanya menggunakan nama
bangsa dan agama utk menghalalkan cara.
Nasihat saya kpd YB Tan Sri... fikirkan nasib rakyat. Politik
ini bukan utk hak peribadi kita. Tetapi kita fikirkan nasib negara. Berjiwa
besarlah Tan Sri.