BOB KELANANG
Satu perkara yang sedih bila mendapat tahu bahawa ada berlaku
pecah amanah berlaku dalam institusi kesihatan terutamanya Hospital Awam...
memang sedih... malah isu yang diutarakan bukanlah isi baru... Isu ini adalah
isu yang sudah lama...
Pernah terjadi dulu ada berlaku kes yang hampir sama... barang
kemas dan wang ringgit pesakit dirompak (dicuri) ketika mereka sedang menjalani
rawatan atau sebagainya di hospital... yang kali ini pulak kes barang kemas
jenazah pula hilang... berkemungkinan dicuri.
Adoilah...
Petugas atau kakitangan kesihatan wajarlah amanah... terutama
semasa mengendalikan pesakit kecemasan mahupun jenazah... jangan kerana nila
setitik, habis susu sebelanga...
Jangan sampai perkara macam ni berlaku lagi... kita tak mahu
imej institusi kesihatan menjadi buruk akibat dari tangan-tangan staff yang
tidak amanah...
Tolonglah...
https://m.malaysiakini.com/news/560488