JANGAN PERJUDIKAN NASIB RAKYAT

 

NORMAN RADZUAN

Image may contain: 3 people, text that says "Lockdown is not the same for everyone"

Ramai yg tidak faham kenapa Muhyiddin patut meletak jawatan segera. Ini kerana implikasinya kpd rakyat dari segi ekonomi sgt teruk. Tidak ada mana2 pelabur akn ke negara kita kerana kerajaan kita kerajaan minoriti. Bukan sahaja pelabur tetapi ramai pemimpin negara luar seolah olah tidak mengiktiraf Muhyiddin sebagai PM.

Di Eropah Presiden atau PM mereka sgt bertanggungjawab kpd rakyat. Mereka akn segera meletakkan jawatan jika berlakunya keadaan yg akan menjejaskan ekonomi dan seterusnya impaknya kpd rakyat.

Apabila kerajaan tanpa majoriti, dlm kes domestik sukar Muhyiddin berperanan sebagai PM. Sukar beliau menegur dan memperbetulkan kabinet. Menggugurkan kabinet yg ramai tidak perform hanya akn menjejaskan kerajaan minoritinya.

Malah Muhyiddin terpaksa melayani kehendak dan pembelajaan yg tidak fokus kpd masalah rakyat kerana masing2 mengambil kesempatan dlm situasi Muhyiddin yg kekurangan majoriti. Mereka tahu Muhyiddin tidak akn berani menegur mereka kerana jika ada hati terluka akn membawa rebah buat kerajaan PN.

Samada PRU atau menyerahkan kpd mereka yg mempunyai majoriti jalan terbaik. Tidak ada kerajaan di dunia ini yg memerintah tanpa majoriti. Jika kita berkeras, ekonomi negara yg semakin teruk di rantau Asia Tenggara akn hancur.

Berdasarkan laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia, IP merosot lebih jauh kepada negatif 5.5 peratus. Gangguan berpanjangan dlm ekonomi terus menjejaskan prestasi IP. Tahukah kalian FDI kita di rantau Asia Tenggara adalah tercorot. Inilah kesannya bila kita berkerajaankan sebuah kerajaan yg tiada majoriti... siapa yg mahu percaya.

Sudah la kita membazir masa hingga menjejaskan ekonomi berpuluh tahun oleh kerajaan BN apabila politikus memainkan isu perkauman utk berpolitik hinggakan billion wang rakyat tiris. Mudahnya berpolitik hanya menggunakan nama bangsa dan agama utk menghalalkan cara.

Nasihat saya kpd YB Tan Sri... fikirkan nasib rakyat. Politik ini bukan utk hak peribadi kita. Tetapi kita fikirkan nasib negara. Berjiwa besarlah Tan Sri.