MUJUR WARTAWAN BERANI LAPOR

 

IBRAHIM MAT ISA

Kalau tidak ada pemberita yang melaporkan mengenai Kartel import daging, rakyat tentunya selesa meneruskan hidup dengan menikmati hidangan daging haram berpuluh tahun.

Isu daging import haram, campuran halal dan haram dalam pembungkusan, bawaan penyakit dari negara asal serta penguasaan kumpulan gangster dalam industri pengimportan ruminan jarang menjadi topik hangat, kecuali apabila didedahkan.

Itupun panasnya hanya sementara. Ia akan kembali hangat dalam tiga empat tahun lagi.

Dalam masa senggang itu, Kartel daging, penguatkuasa pelabuhan dan kastam, jabatan yang berkaitan dengan pemantauan halal haram akan selesa tanpa isu.

Bagi pembesar parti agama yang mengulas isu ini, mereka cuma katakan, barang yang lepas jangan dikenang.

Orang kecil di bawah sana sentiasa dipermainkan kerana semua golongan memerlukan sumber makanan untuk hidup.

Orang kecil akan terus kena auta dan bergaduh sesama sendiri..

 

No comments: