ROHAYUDDIN YAACOB
Isu sijil halal Jakim ni sebenarnya telah didedahkan sejak Nov
2019, zaman PH lagi. Dr. Mujahid pada November 2019, telah menggesa/pelawa SPRM
melakukan siasatan terhadap isu sijil halal Jakim. Mungkin ini juga salah satu
sebab mengapa Dr. Mujahid diserang pada waktu itu. Ada yang dakwa kononnya ada
pihak yang marah dengan gesaan Dr. Mujahid...
Apa yg berlaku dari Feb 2020 hingga sekarang? Pada Nov 2019, Dr
Mujahid berkata siasatan dalaman Jakim sedang dilakukan.. Tiada siasatan
susulan ke? Dah bocor selepas setahun kemudian, baru terhegeh semula?
Ini berita dari Harian Metro pada 25 November 2019:
JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap badan itu yang
didakwa menerima rasuah dalam proses permohonan dan pengeluaran sijil halal.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof
berkata, pihaknya tiada halangan untuk SPRM menjalankan siasatan terhadap
pegawai JAKIM terbabit, berpandukan artikel seperti yang didakwa.
“JAKIM turut melakukan siasatan dalaman dan ia masih berjalan,
saya harap akan mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai perkara itu.
“Saya tiada halangan untuk SPRM siasat, saya menyambut SPRM
untuk datang ke Bahagian Halal JAKIM kerana ini amat penting untuk membersihkan
nama JAKIM yang dikenali dunia,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan
ucaptama di Simposium Wakaf Pulau Pinang di Georgetown, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung artikel
bertajuk ‘Malaysia Halal Crisis’ di laman sesawang Asia Sentinel, bertarikh 10
Oktober lalu yang mendakwa berlakunya isu integriti kakitangan JAKIM, dalam
proses pensijilan halal Malaysia.
Menurut laporan itu, antara kes integriti itu membabitkan
seorang penjual daging dari Lubnan yang mendakwa membatalkan hasratnya melabur
di Malaysia, selepas pegawai JAKIM meminta RM50,000 sebagai pembayaran
pendaftaran.
Sementara itu, Mujahid berkata, Rang Undang-Undang Akta Wakaf
Wilayah Persekutuan (WP) kini sedang di peringkat akhir penelitian oleh Pejabat
Peguam Negara, dan dijangka dibentangkan ke Dewan Rakyat pada sesi akan datang.
Katanya, selepas ia diluluskan, akta yang mempunyai tiga asas
penting itu akan menjadi rujukan kepada semua negeri dalam mengurus dan
mentadbir harta wakaf.
“Akta Wakaf itu nanti akan mempunyai tiga asas penting iaitu
prosedur wakaf, melindungi pewakaf, dan dalam urusan mengurus wakaf iaitu dari
sudut ketelusan yang mana ia tidak boleh disalah guna walaupun oleh kerajaan
negeri sendiri,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 November 2019 @ 3:43
https://www.hmetro.com.my/.../jakim-pelawa-sprm-siasat...