HANYA GABUNGAN BERBAGAI BANGSA DAN PARTI SAHAJA DAPAT MEMNANGKAN SESEBUAH KERAJAAN

 

Asalamualaikum....

Saya bertanding pru tahun 1999 di dun changkat Jong di Parlimen Teluk Intan. Saya kalah kerana masa itu yang sokong saya adalah satu kaum sahaja, melayu.....masa itu saya bersama parti keadilan.

Umno di sokong oleh masyarakat cina dan india begitu kuat selama 67 tahun maka BN tidak pernah kalah dan sentiasa mendapat 2/3 kerusi di parlimen. Dap yang di katakan parti cina pun menang sikit sangat atas dasar kepentingan kelompok kaum cina. Mereka ada kesepakatan supaya beberapa pemimpin Dap wajib di menangkan supaya boleh menjadi wakil di parlimen jika ada keperluan untuk kaum mereka....itu lah mereka bijak

Pas semenjak di tubuhkan hanya kuat di pantai timur dan sikit di utara semua kawasan pengundi melayu. Tiba tiba pas menjadi kuat dan di geruni oleh bn dan umno satu ketika dan mereka menang bertanding di kawasan yang tidak sepatutnya mereka menang...kenapa...kerana cina beri sokongan kepada mereka begitu juga pkr....apakah kerana dasar perjuangan pas mereka kuat ....tidak pun kena mengena dengan dasar...tapi kena mengena dengan bergabungnya pas dengan PR menyebabkan mereka kuat....itu sahaja....pengundi malaysia ni tidak pernah peduli dengan dasar perjuangan parti....mereka tak tahu pun tak dasar dasar parti parti yang ada dalam malaysia ni...

Bilakah umno dan bn menjadi lemah dan kalah dalam pilihanraya apabila bukan melayu mula beralih arah dari menyokong BN kepada pihak lain termasuk Pas. Pru ke 12 selangor dan perak negeri yang kuat BN buat pertama kalinya kalah dan bn tewas di dua negeri ini. Pru ke 14 Bn hanya tinggal pahang dan perlis sahaja....yang lain kalah...

Apa jadi pada Pas pada pru ke 14 mereka menang di kawasan melayu di kelantan dan terengganu kerana sebab utama berlakunya pertandingan tiga penjuru maka Pas dapat tambahan kerusi....tapi tetap tidak boleh mengatasi kerusi mereka pada tahun 1999 walaupun masa 99 jumlah kerusi parlimen belum lagi ada 222.... dan masa itu dr m belum lagi pecahkan kerusi kerusi parlimen itu menjadikan laluan sukar kepada parti melayu...maknanya sokongan orang melayu pada pas lebih kuat pada tahun 99 berbanding 2018...di negeri pantai barat pas ada yang hilang wang pertaruhan punya sikit dapat undi.

Pru 14 juga membuktikan bn dan umno kekal tidak mendapat sokongan bukan melayu. Jika pru ke 15 gabungan Pas...Umno dan Bersatu masih tetap bersama dan tidak dapat menarik pengundi bukan melayu bagi saya kedudukan PN plus BN plus MN lebih kurang sama seperti sekarang. Politik malaysia tidak boleh dan tidak cukup hanya melaungkan melayu melayu dan islam islam sahaja....politik malaysia wajib melaungkan kesimbangan kaum...melaungkan bangsa malaysia dan kekalkan mempertahankan islam sebagai agama utama di malaysia....baru negara aman damai dan baru boleh mendapat kemenangan besar seperti sebelumnya...

Apa ada jaminan pada umno dan bn juga pn bahawa gabungan mereka 100 peratus boleh menang besar dalam pru ke 15. Hooo sabah sebagai bukti....bukti apa yang boleh kita buat kajiam di sabah....yang boleh kita ambil aktibar politik sabah ialah dengan gabungan semua bangsa lah menyebabkan PN dan BN menang itu pun bukan menang besar jika tampa calun bebas. Bn dan Pn di sabah menang kerana mereka berjaya satukan semua bangsa dalam sokongan mereka....pbs..star...umno...bersatu ini berkongsi kuasa kerana semua bangsa ada...kecuali bangsa cina yang kalah....kenapa warisan di tolak dan kalah tipis kerana slogan mereka juga seolah olah ke arah satu bangsa....sabah untuk sabah itu ibaratnya ialah jom kita sokong Bangsa Sabah....itu lah maksudnya.....Kalah juga apabila tidak dapat sokongan semua bangsa.....

Jadi jika umno dan bn nak kuat semula wajib ada gabungan parti baru bersama mereka yang rakyat suka dan semua bangsa suka. Betul umno cuba gabung kan satu gabungan baru iaitu kerajaan sekarang ini kerajaan muhyuddin....tapi pas...bersatu...dan umno ambil kesempatan kononnya ini gabungan melayu dan islam....ini kerajaan melayu dan kerajaan islam....apa jadi kerajaan ini lemah dan tidak kuat kerana masih gunakan bangsa dan agama.....

Umno jika masih mahu berada dalam kekuasaan perlukan sokongan bukan melayu bersama mereka. Ujud satu gabungan baru yang lebih mantap dan ada semua di dalamnya. Walaupun mca ada dan mic ada...tapi dua kerusi yg mereka ada tu ialaj kerusi umno yang di beri pada mereka ini tidak ada nilai tambah pada umno pun.....

Umno perlu lebih berani dan lebih ke depan supaya tidak menjadi pupus.....bertindak dengan bijak dan menilai ikut kebijasanaan demi kepentingam negara......