Azman Mohd Nasir
Aku perasan sesuatu.. Dalam kita sibuk
mempertahankan hujah masing-masing rupanya ada satu kronologi yang cuba
disembunyikan oleh media dan para macai belaan.. Dan kita secara tak langsung
terlepas pandang..
Begini ceritanya...
Pada 23 September, semua orang tahu Anwar umum
"I have numbers", dengan jangkaan mengadap Agong pada minggu
yang sama, tapi tertangguh sebab Agong gering.
Ya, semua bermula disitu..
Dalam tak disangka, pada 25 September Ku Li
memulakan langkah serangan dari dalam. Dia hantar surat kat Speaker Dewan
Rakyat, tuntut jaminan Speaker untuk benarkan usul undi tak percaya terhadap
#AbahKau kat Dewan Rakyat.
Setelah itu, pada 29 September Art Harun yang
merupakan Speaker Dewan Rakyat telah menolak permohonan Ku Li. Alasannya tidak
kukuh malah bila diteliti surat balasan itu, seperti ceritanya tergantung di
tengah²..
Tapi cerita tak habis disitu...
Semalam 13 Oktober Anwar memulakan langkah ke
Istana, dan kemudian diikut giliran Ku Li mengadap Agong. Dimalam harinya pula
UMNO bermesyuarat, dan pertimbang keluar PN sebulat suara jika syarat baru
tidak diterima..
Dipihak PN pula, mereka melaksanakan PKPB
seluruh Selangor, KL dan Putrajaya secara menyeluruh dari 13 Oktober - 27
Oktober. Urusan Agong berjumpa ketua-ketua parti tertangguh kerananya.. Dan
beberapa siri Plot Twist menarik banyak berlaku pada 14 Oktober mengundang
pelbagai teori.
Semua maklum, 2 November - 15 Disember adalah
tempoh Sidang Dewan Rakyat penggal terakhir untuk tahun ini. Malah pembentangan
Bajet 2021 juga akan berlaku di sesi tersebut. Dan pelbagai spekulasi mula
timbul dari banyak pihak termasuk belah non-political.
Ditambah pula kenyataan berani mati Ku Li
dimana beliau mengaku ditawarkan atau disogok jawatan yang cukup besar tapi beliau
menolak.
Kesannya, banyak pihak dari PN terkesima dan
terceduk. Aku cuba membaca game ini dengan teliti, dan comeout with few
theories.. But still stuck in the middle.
Secara matematik asasnya, #AbahKau telah pun
kehilangan 2 undi MP dari BN menjadikannya kini tinggal kurang dari 111 MP. Itu
belum termasuk yang lain-lain bila disertakan teori Anwar yg mengatakan sokongan
'majoriti' untuknya berbentuk perseorangan, bkn en bloc.
Makin menjadi-jadi pula apabila Atok pula
mengeluarkan statement yang memang dijangka bahawa PEJUANG tidak menyokong mana-mana pihak. Ini menjadi satu igauan yg cukup ngeri buat #AbahKau yg berada di posisi
teratas dalam pemerintahan yg bermula Mac lepas..
Tapi aku tak pasti, benarkah PEJUANG tidak
memberikan sebarang undi pada pihak 'goverment of the day'?? Well, segalanya
akan terjawab dalam masa terdekat..
Di pihak Anwar pula, lain kisahnya. Pelbagai
spekulasi melanda, pelbagai tohmahan dari 'jentera siber' kerajaan bertubi-tubi
beliau tetap mengatakan majoriti bersama dia, kerajaan Muhyiddin telah tumbang.
Ya. Isunya mana list nama MP??
Kenyataan rasmi Istana ni jelas dimana YDPA
sendiri bertitah yang Baginda tidak tahu siapa nama² yang ada dalam 'senarai'
atau senarai tak wujud.
Tapi betul ke tak wujud sedangkan ada MP yang
beriya malah dah buat report balai konon namanya ada dalam senarai??
Aku tiada jawapan untuk ini..
Seperti yg aku pernah sebut pada ramai rakan²
selama aku bergiat aktif dulu, "Anwar adalah seorang ahli politik yg suka
lakukan sesuatu di luar jangkaan, sukar untuk dibaca pihak lawan mahupun rakan²
sendiri'
Dan dia buat 'perangai' tu lagi..
Hasil yg aku nampak adalah Istana akan
keluarkan kenyataan 'terbalik' dan secara tak langsung dapat mematikan tekanan
daripada puak² berkepentingan untuk mempengaruhi keputusan akhir permainan
ini..
Disebabkan 'perangai gila' Anwar, di tambah
dengan kenyataan Istana, Ku Li, Meeting UMNO, demand baru UMNO terhadap PN dan
MN, habis kucar kacir seluruhnya.
Lawan arus semasa adalah 'perangai'
semulajadi yg ada dalam diri Anwar.. And he do it again..
Segala yang dirancang nampaknya berjalan
seperti yang diatur. Strategi tidak mendedahkan siapa Ahli Parlimen yang
menyokong Anwar tepat walaupun memang mulanya menjadi buah mulut rakyat yg
terpinga² apa yg berlaku sebenarnya..
Pada pandangan aku.. dalam semua pihak sibuk
tentang 'majoriti' Anwar, dalam senyap bom jangka dalam PN + MN telah
diaktifkan. Bunyinya, UMNO mula sondol BERSATU, PAS tersangkut pulak di
celah kangkang kedua² Parti Melayu itu.
Apa yg bakal berlaku selepas ini??
Aku tak tau nak cakap apa, tapi sejak keadaan
COVID19 ni, dengan segala spekulasi dan teori yg muncul dari pelbagai sudut.
Sebaiknya kita serah kepada kebijaksanaan YDPA dalam kemelut ini, dan sebaiknya
biarlah ianya berakhir secepat mungkin. Banyak lagi isu rakyat perlu
dikisahkan.
Sekarang mereka masing-masing pening dan loya
rasa nak pitam sebab semalaman mereka tak boleh tidur, tercari-cari mana list
dan siapakah yg memberi sokongan kepada DSAI. As for me, sentiasa berdoa agar
outcomes nanti semuanya yg terbaik untuk rakyat dan negara.
#InAnwarWeTrust