BEGINI CERITANYA

KULI ganti Anwar hanya lawak: Nik Aziz | Apa Yang Tersirat 

Azman Mohd Nasir

Aku perasan sesuatu.. Dalam kita sibuk mempertahankan hujah masing-masing rupanya ada satu kronologi yang cuba disembunyikan oleh media dan para macai belaan.. Dan kita secara tak langsung terlepas pandang..

 

Begini ceritanya...

 

Pada 23 September, semua orang tahu Anwar umum "I have numbers",  dengan jangkaan mengadap Agong pada minggu yang sama, tapi tertangguh sebab Agong gering.

 Ya, semua bermula disitu..

 Dalam tak disangka, pada 25 September Ku Li memulakan langkah serangan dari dalam. Dia hantar surat kat Speaker Dewan Rakyat, tuntut jaminan Speaker untuk benarkan usul undi tak percaya terhadap #AbahKau kat Dewan Rakyat.

 

Setelah itu, pada 29 September Art Harun yang merupakan Speaker Dewan Rakyat telah menolak permohonan Ku Li. Alasannya tidak kukuh malah bila diteliti surat balasan itu, seperti ceritanya tergantung di tengah²..

 Tapi cerita tak habis disitu...

 Semalam 13 Oktober Anwar memulakan langkah ke Istana, dan kemudian diikut giliran Ku Li mengadap Agong. Dimalam harinya pula UMNO bermesyuarat, dan pertimbang keluar PN sebulat suara jika syarat baru tidak diterima..

 Dipihak PN pula, mereka melaksanakan PKPB seluruh Selangor, KL dan Putrajaya secara menyeluruh dari 13 Oktober - 27 Oktober. Urusan Agong berjumpa ketua-ketua parti tertangguh kerananya.. Dan beberapa siri Plot Twist menarik banyak berlaku pada 14 Oktober mengundang pelbagai teori.

 Semua maklum, 2 November - 15 Disember adalah tempoh Sidang Dewan Rakyat penggal terakhir untuk tahun ini. Malah pembentangan Bajet 2021 juga akan berlaku di sesi tersebut. Dan pelbagai spekulasi mula timbul dari banyak pihak termasuk belah non-political.

 Ditambah pula kenyataan berani mati Ku Li dimana beliau mengaku ditawarkan atau disogok jawatan yang cukup besar tapi beliau menolak.

 Kesannya, banyak pihak dari PN terkesima dan terceduk. Aku cuba membaca game ini dengan teliti, dan comeout with few theories.. But still stuck in the middle.

 Secara matematik asasnya, #AbahKau telah pun kehilangan 2 undi MP dari BN menjadikannya kini tinggal kurang dari 111 MP. Itu belum termasuk yang lain-lain bila disertakan teori Anwar yg mengatakan sokongan 'majoriti' untuknya berbentuk perseorangan, bkn en bloc.

 Makin menjadi-jadi pula apabila Atok pula mengeluarkan statement yang memang dijangka bahawa PEJUANG tidak menyokong mana-mana pihak. Ini menjadi satu igauan yg cukup ngeri buat #AbahKau yg berada di posisi teratas dalam pemerintahan yg bermula Mac lepas..

 Tapi aku tak pasti, benarkah PEJUANG tidak memberikan sebarang undi pada pihak 'goverment of the day'?? Well, segalanya akan terjawab dalam masa terdekat..

 Di pihak Anwar pula, lain kisahnya. Pelbagai spekulasi melanda, pelbagai tohmahan dari 'jentera siber' kerajaan bertubi-tubi beliau tetap mengatakan majoriti bersama dia, kerajaan Muhyiddin telah tumbang.

 Ya. Isunya mana list nama MP??

 Kenyataan rasmi Istana ni jelas dimana YDPA sendiri bertitah yang Baginda tidak tahu siapa nama² yang ada dalam 'senarai' atau senarai tak wujud.

 Tapi betul ke tak wujud sedangkan ada MP yang beriya malah dah buat report balai konon namanya ada dalam senarai??

 Aku tiada jawapan untuk ini..

 Seperti yg aku pernah sebut pada ramai rakan² selama aku bergiat aktif dulu, "Anwar adalah seorang ahli politik yg suka lakukan sesuatu di luar jangkaan, sukar untuk dibaca pihak lawan mahupun rakan² sendiri'

 Dan dia buat 'perangai' tu lagi..

 Hasil yg aku nampak adalah Istana akan keluarkan kenyataan 'terbalik' dan secara tak langsung dapat mematikan tekanan daripada puak² berkepentingan untuk mempengaruhi keputusan akhir permainan ini..

 Disebabkan 'perangai gila' Anwar, di tambah dengan kenyataan Istana, Ku Li, Meeting UMNO, demand baru UMNO terhadap PN dan MN, habis kucar kacir seluruhnya. 

 Lawan arus semasa adalah 'perangai' semulajadi yg ada dalam diri Anwar.. And he do it again..

 Segala yang dirancang nampaknya berjalan seperti yang diatur. Strategi tidak mendedahkan siapa Ahli Parlimen yang menyokong Anwar tepat walaupun memang mulanya menjadi buah mulut rakyat yg terpinga² apa yg berlaku sebenarnya..

 Pada pandangan aku.. dalam semua pihak sibuk tentang 'majoriti' Anwar, dalam senyap bom jangka dalam PN + MN telah diaktifkan. Bunyinya,  UMNO mula sondol BERSATU, PAS tersangkut pulak di celah kangkang kedua² Parti Melayu itu. 

 Apa yg bakal berlaku selepas ini??

 Aku tak tau nak cakap apa, tapi sejak keadaan COVID19 ni, dengan segala spekulasi dan teori yg muncul dari pelbagai sudut. Sebaiknya kita serah kepada kebijaksanaan YDPA dalam kemelut ini, dan sebaiknya biarlah ianya berakhir secepat mungkin. Banyak lagi isu rakyat perlu dikisahkan.

 Sekarang mereka masing-masing pening dan loya rasa nak pitam sebab semalaman mereka tak boleh tidur, tercari-cari mana list dan siapakah yg memberi sokongan kepada DSAI. As for me, sentiasa berdoa agar outcomes nanti semuanya yg terbaik untuk rakyat dan negara.

 

#InAnwarWeTrust