Persoalan yang di tanya, apakah Ku Li itu orang kem Mahathir...
apakah Umno jadikan Anwar sebagai kambing hitam... apakah situasi SD Anwar di
tangan YDPA, dan apakah situasi permainan terkini. Dah tamat atau belum?
Macam kami ini keje sbg jurucakap politik di media pula, banyak
soalan.
Apapun sabar... doakan yg terbaik. Jika YDPA kata habih PKPB
baru panggil, kita terima sajalah. Nk buat mcm mana, ini Malaysia. Bukan tak
lihat masalah negara akan rasuah, salahgunakuasa dan pengubahan wang haram
dalam kes 1MDB yg umno lakukan, malah di panggil lg bak kata Najib di mana
Agong suruh kehadapan menyelamatkan situasi.
Nak selamatkan situasi kunun... ajer gampang!
Krisis bermula hotel Sheraton itu YDPA cuba menyelamatkan
keadaan. Tuanku dah nasihatkan sdra Mahathir jangan letak jawatan. Tapi degil
nak letak juga! Apabila letak jawatan, semua menteri kabinet terbubar. YDPA nak
beri semula kpd PH pun tak buleh, dan terpaksa lantik PM interim. Hanya satu
jalan saja ketika itu iaitu SD. Ada ahli politik ini duduk 2 kolam, kiri dia
sign...kanan pun dia sign. Tuanku sendiri pening...dan panggil kesemua ahli
Parlimen mengadap satu persatu.
PH buat SD, Muhyiddin buat SD dan masukkan sekali 6 ketoi ahli
parlimen Bersatu. Pagi itu Md Sabu, LGE, Anwar & kakwan cari sdra Mahathir
bagi pintas SD Muhyiddin... dia buleh tak keluar dr rumah.
Menjawab persoalan kalian dalam situasi terkini...
Ku Li bukan org Anwar juga bukan org Mahathir. Mahathir
menggunakan Ku Li hanya utk sekat sdra Anwar. Dalam penulisan GM yg lepas
menyatakan secara jelas umno baru ini hanya inginkan PRU15. PH juga ingin
PRU15, dah cuba buat usul VONC tp tidak berjaya.
Bertitik dr sana dan masalah covid, Anwar berada dlm peluang yg
baik utk ambil alih dgn mencari sokongan utk di persembahkan kpd YDPA. Dan kami
juga dh beritahu, ada suatu tidak kena di sisi sang kuning sejak lama dahulu.
Tidak mengapalah...itu rakyat nk ubah pun tak buleh, biaq mereka fikir sendiri.
PKPB di laksanakan bermula 14-27hb ini, seperkara yg kalian
perlu tahu PM bertindak sbg penasihat kpd YDPA. Dari sudut formaliti, tarikh yg
di tunda utk Tuanku panggil menghadap adalah sebaik PKPB ini tamat. Tapi kita
maklum akan permainan Muhyiddin Yassin untuk drag PKPB bagi dia menyusun
masalah parti Bersatunya dgn Umno Baru.
Persoalannya, apakah YDPA akan panggil wakil rakyat yg menyokong
SD Anwar atau VONC di buat pd persidangan seterusnya ?
Jika VONC berlaku, pilihanraya umum ke 15 akan berlangsung dalam
suasana covid. Ya singapore buat pilihanraya dlm suasana Covid, tapi sistem
pemikiran politik mereka jauh dari Malaysia. Situasi politik yg berlaku di
Sabah, ahli politik yg pergi ke sana tidak kuarantin diri menyebabkan penularan
covid ini. Soalannya jika VONC itu berlaku, apakah kewajaran PRU15 buleh
berlaku sedangkan kini Malaysia sendiri tenat dgn penularan wabak ini.
Ekonomi Malaysia sdg suram, Muhyiddin hanya mampu habiskan
reserve dalaman tanpa ekonomi luaran. Apa yg dia sebut di media, ekonomi
berkembang...ekonomi naik...ekonomi maju... industri 4.0,,,, itu semua hanya
mekap utk sedapkan hati. Lebih 70 menteri, mungkin dalam situasi Umno Baru beri
kata sepatah dua kpd kem Muhyiddin... yg kita takuti kelak silap hari menteri
lantikan akan melebihi dari angka 80.
Situasi umno yg beri ugutan kata dua kpd Muhyiddin, hanya utk
survival ahli politik mereka saja. Tak lebih dr itu. Mereka inginkan kuasa PM
itu walau apa jua acara di samping inginkan jawatan2 tertentu + berunding agar
kerusi miliknya di pulangkan semula atau PRU15 nanti Bersatu tak buleh kacau
kerusi marginal milik umno. Jika perbincangan ini tidak berhasil, Muhyiddin
akan lanjutkan tempoh PKPB ini lg.
Bukankah dah kata, mereka mempegunakan isu covid ini utk politik
mereka. Situasi rakyat...campak pi ja!!!
Muhyiddin dlm keadaan tersepit, dgn keadaan kesihatan dirinya...
cara yg ada ialah serahkan kuasa kpd Azmin. Dan umno sudah pasti tidak mahu ini
berlaku. Umno mahukan kerusi PM itu, dan utk membersihkan semua kes besar di
mahkamah... kunci mereka adalah pd kuasa jawatan PM.
Jika nak sebut satu persatu teknik bagaimana mereka buleh
lakukan setelah dapat kerusi PM... nanti Mark Zuckerberg buat limit post...
Ok, kembali ke situasi melibatkan YDPA.
Sdra Anwar itu dh lakukan tugas menyerahkan SD. Tuanku berfikir
rasional di sebabkan kes covid ini. Itu mmg kami tidak buleh nafikan
kepentingan utk awam. Jadi, yg buleh para penyokong ini buat hanyalah bersabar
hingga PKPB tamat dan YDPA teruskan memanggil ahli2 politik yg sign SD
tersebut. Umum kalian tahu Md Sabu & LGE di jadualkan menghadap kemudian pd
Khamis giliran Zahid Hamidi.
Sekiranya PKPB di lanjutkan, persidangan akan datang VONC di
lihat cerah. Muhyiddin sudah pasti akan elakkan VONC ini walau apa cara
sekalipun. Jika VONC itu berjaya, PRU15 hanya buleh di lakukan selepas 60 hari
pembubaran parlimen. Dan COVID 19 ini adalah perkiraan utama buleh atau tidak.
Maka, jalan penyelesaian yg ada... Umno perlu serahkan
pemerintahan kpd Anwar dan mereka buleh teruskan susun masalah dalaman parti yg
saban hari semakin bertikam lidah dgn Bersatu. PanMip itu pula hanya kan
condong kpd sapa yg kuat, tidak lebih dr itu.
Dalam kandang arena yg sdg berlawan, samada VONC @ kata dua dari
umno semalam @ SD Anwar tidak berjaya @ PRU15 berlangsung... parti Bersatu
berada dalam keadaan sangat genting tidak bermaya. PRU 15 jika berlaku, besar
kemungkinan mereka tidak dapat mengekalkan kerusi2 sedia ada apabila Umno
bertegas utk ambil kembali kerusi marginal mereka dan tidak buleh usik kerusi
sedia ada. Di tambah lg kini Bersatu juga dah ada 2 kem iaitu Azmin dan
kumpulannya... Muhyiddin dan kawalannya.
Jadi... jawapan kami kpd kalian, tunggu saja YDPA uruskan yg
terbaik.
Malaysia perlu berubah watak pemerintahan. Jika di beri kpd
Anwar... beliau hanya ada 2 tahun sebelum ke PRU15. Sekiranya harapan ini
berjaya, satu antaranya para penyokong akan sudah pasti bersyukur dan meraikan.
Tapi di sisi lain... kami sendiri kan bersama2 dgn pasukan Anwar utk lakukan yg
terbaik dalam 2 tahun tersebut. Jika tidak berjaya dan VONC itu berlaku... kita
tetap juga akan pergi ke PRU15.
Suasana PRU15, kita bincangkan di posisi yg lain. Maaf, GM tulis
panjang lebar. Tak pandai nak lukih...
Yang berkarya:
aka Gin Marvel.