Ternampak jelas bahawa tindakan menyiasat Anwar adalah untuk
mengetahui siapa Ahli-Ahli Parlimen PN yang tidak lagi menyokong Muhyiddin.
Tidak sukar untuk menelah siapa di belakang semua ini kerana
untuk pihak polis semata-mata, tidak mungkin mereka berminat sangat dengan
perkara itu.
Tambahan lagi, ini adalah urusan politik dan Anwar mahu
membentuk kerajaan baru pun masih dalam ruang lingkup tindakan yang dibenarkan
oleh undang2 dan Perlembagaan.
Tetapi, pihak polis cuma menjalankan tugas dan apabila Anwar
enggan berkongsi senarai yang dimilikinya, kecewalah mereka yang berselindung
itu.