Ekonomi Malaysia masuk fasa kemelesetan?
Ipohmali
Baca akhbar tadi, BNM dijangka akan turunkan lagi kadar faedah setelah bulan lalu menangguhkannya. Apa petanda dan gambaran yg kita dapat…? Pelan pemulihan Ekonomi kita gagal…
Apa yang dijangka Gabenor Bank Negara pada bulan lepas, ekonomi negara kita akan berlaku pantulan berbentuk ‘V’… Rupanya ianya akan jadi pantulan berbentuk ‘W’ nampaknya…
Apa maknanya? Dari berita syarikat penerbangan satu persatu, dari MAS, AirAsia dan Malindo mula memberhentikan ribuan staf mereka terbukti ekonomi negara kita hanya diselamatkan seketika dipacu dari perbelanjaan dari suntikan fiskal Kerajaan, tak kira dari tindakan perkenalkan moratorium, pengeluaran wang sendiri dari KWSP RM 500 sebulan dan juga Subsidi Gaji sampai bantuan BSH dan BPN…
Jadi bila semalam… Bila pakar ekonomi tempatan menjangkakan defisit lebih tinggi, di antara 6.5 peratus dengan 7.5 peratus berbanding jangkaan Menteri kayangan banker, Tg Zafrul 5.8-6.0 ianya menyebabkan kesan kewangan berpuluh billion… Itu pun setelah disuntik pakej rangsangan bernilai RM 305 bilion yang diumumkan PM Tebuk Atap… Maknanya ekonomi kita makin teruk…
Ingat! Bulan ini moratorium sudah pun tamat… Kemungkinan bulan ini kuasa beli akan kembali menyusut… Bila sebelum tempoh moratorium tamat pun petanda KDNK kita teruk… Apa lagi bila tamat moratorium… Apa kesannya bila kerajaan sekali lagi laksanakan PKPB di kawasan Lembah Klang dan Putrajaya…
Kesannya mungkin akan lebih besar sebelum bantuan subsidi gaji juga tamat… Jika ditanya kepada peniaga kecil… SME… Dah pasti mereka sudah merasakan kesan sejak bulan lepas lagi bila kuasa beli menyusut atas kebimbangan tempoh moratorium berakhir…
Itu sebab aku kata, cepat atau lambat… PM Tebuk Atap tetap akan jatuh atas faktor ekonomi… Demontrasi anak muda di Thailand dan Indonesia ketika ini bukan menyentul soal dasar dan akta pekerja… Tetapi adalah himpitan ekonomi bila kerajaan gagal membuka ekonomi dan ramai dari mereka hilang peluang pekerjaan…
Pada ketika ini terbukti Pakej Ransangan PM Tebuk Atap yang tidak bersasar menyebabkan ekonomi kita gagal pulih… Pengangguran makin meningkat… Apakah selepas ini berlaku pula campur tangan asing atas kelemahan Kerajaan…
Sebelum ini Menteri Pertahanan China… Semalam Menteri Luar China pula berkunjung ke Malaysia… Diharap tidak ada sebarang perjanjian sebagaimana regim Najib dan kerajaan Sri Lanka dulu yg sebabkan tergadainya beberapa kepentingan strategik negara…
Itu sebab pentingnya sebuah Kerajaan baru yang kuat mendepani bahaya ekonomi… Sebuah Belanjawan yang mampan diperlukan dalam memperkukuhkan ekonomi negara kita… Ia tak mampu diselamatkan oleh PM yang kerjanya tabur duit untuk kuasa memujuk hati Mak Cik Kiah dan Pak Mat Tempe… Dan barisan Menteri yang lemah tidak ada sifat Al Qawwi Al Amin… 🙂