Gandingan Anwar – Ku Li meyakinkan
YB Ir Dr Muhd Fadhil Nuruddin
- Nama-nama MP yang memberi sokongan kepada DSAI dirahsiakan maka segala ‘counter offer’ oleh pihak TSMY tidak boleh dilakukan.
- Laporan polis oleh lima MP UMNO menjadi tanda tanya bagaimana mereka boleh merasakan diri mereka termasuk dalam senarai DSAI dan bagaimana polis boleh buka siasatan jika senarai itu masih tidak diketahui umum.
- Kaedah sogokan TSMY tidak mampu padam kepincangan yang kerajaan PN lakukan. Malah sogokan jawatan GLC dan Menteri sebelum ini pun tidak menjamin para MP tidak beralih kepada DSAI.
- Tawaran menyokong DSAI masih terbuka seandainya ada MP yang ingin menyertai kerajaan yang akan dipimpin DSAI oleh kerana senarai nama MP itu tidak didedahkan. TSMY juga tidak tahu siapa di sebelah mana.
- Apabila Ku Li dijemput ke istana ia bukan hanya menggambarkan Ku Li sebagai ‘buffer’ antara DSAI dan UMNO malah ia satu sinergi yang ampuh untuk mententeramkan TM. Umum tahu DSAI dan Ku Li ada sejarah hitam dengan TM dan rahsia TM semasa 22 tahun memerintah dalam pengetahuan DSAI dan Ku Li.
- Senarai MP yg sokong DSAI akan disahkan oleh ketua parti masing-masing apabila pertemuan mereka dengan YDPA dalam masa terdekat. MP dari AMANAH, DAP, PAS, PKR telah nyatakan kecenderungan masing-masing walau bagaimana pun Ketua parti UMNO, BERSATU, WARISAN, GPS mempunyai tugasan yang besar untuk mengesahkan kecenderungan MP mereka masing-masing.
- Secara khusus, pendekatan UMNO sebagai King Maker agak menarik kerana UMNO telah meletakkan syarat kepada TSMY bahawa PM mesti dari UMNO manakala TPM bolehlah dari BERSATU dan ugut untuk meninggalkan PN jika syarat ini tidak dipenuhi.
- TSMY boleh memilih untuk tumbang kepada UMNO atau kecundang kepada DSAI apabila UMNO keluar dari PN dan sebahagian MP UMNO menyeberang kepada DSAI.
- Semoga YDPA mampu meleraikan kesusutan negara ini dengan adil dan saksana demi masa depan rakyat.