APA CERITA SEKARANG? WAH.....PENING

 

Persoalan yang di tanya, apakah Ku Li itu orang kem Mahathir... apakah Umno jadikan Anwar sebagai kambing hitam... apakah situasi SD Anwar di tangan YDPA, dan apakah situasi permainan terkini. Dah tamat atau belum?

Macam kami ini keje sbg jurucakap politik di media pula, banyak soalan. 

Apapun sabar... doakan yg terbaik. Jika YDPA kata habih PKPB baru panggil, kita terima sajalah. Nk buat mcm mana, ini Malaysia. Bukan tak lihat masalah negara akan rasuah, salahgunakuasa dan pengubahan wang haram dalam kes 1MDB yg umno lakukan, malah di panggil lg bak kata Najib di mana Agong suruh kehadapan menyelamatkan situasi.

Nak selamatkan situasi kunun... ajer gampang! 

Krisis bermula hotel Sheraton itu YDPA cuba menyelamatkan keadaan. Tuanku dah nasihatkan sdra Mahathir jangan letak jawatan. Tapi degil nak letak juga! Apabila letak jawatan, semua menteri kabinet terbubar. YDPA nak beri semula kpd PH pun tak buleh, dan terpaksa lantik PM interim. Hanya satu jalan saja ketika itu iaitu SD. Ada ahli politik ini duduk 2 kolam, kiri dia sign...kanan pun dia sign. Tuanku sendiri pening...dan panggil kesemua ahli Parlimen mengadap satu persatu.

PH buat SD, Muhyiddin buat SD dan masukkan sekali 6 ketoi ahli parlimen Bersatu. Pagi itu Md Sabu, LGE, Anwar & kakwan cari sdra Mahathir bagi pintas SD Muhyiddin... dia buleh tak keluar dr rumah.

Menjawab persoalan kalian dalam situasi terkini...

Ku Li bukan org Anwar juga bukan org Mahathir. Mahathir menggunakan Ku Li hanya utk sekat sdra Anwar. Dalam penulisan GM yg lepas menyatakan secara jelas umno baru ini hanya inginkan PRU15. PH juga ingin PRU15, dah cuba buat usul VONC tp tidak berjaya.

Bertitik dr sana dan masalah covid, Anwar berada dlm peluang yg baik utk ambil alih dgn mencari sokongan utk di persembahkan kpd YDPA. Dan kami juga dh beritahu, ada suatu tidak kena di sisi sang kuning sejak lama dahulu. Tidak mengapalah...itu rakyat nk ubah pun tak buleh, biaq mereka fikir sendiri.

PKPB di laksanakan bermula 14-27hb ini, seperkara yg kalian perlu tahu PM bertindak sbg penasihat kpd YDPA. Dari sudut formaliti, tarikh yg di tunda utk Tuanku panggil menghadap adalah sebaik PKPB ini tamat. Tapi kita maklum akan permainan Muhyiddin Yassin untuk drag PKPB bagi dia menyusun masalah parti Bersatunya dgn Umno Baru.

Persoalannya, apakah YDPA akan panggil wakil rakyat yg menyokong SD Anwar atau VONC di buat pd persidangan seterusnya ?

Jika VONC berlaku, pilihanraya umum ke 15 akan berlangsung dalam suasana covid. Ya singapore buat pilihanraya dlm suasana Covid, tapi sistem pemikiran politik mereka jauh dari Malaysia. Situasi politik yg berlaku di Sabah, ahli politik yg pergi ke sana tidak kuarantin diri menyebabkan penularan covid ini. Soalannya jika VONC itu berlaku, apakah kewajaran PRU15 buleh berlaku sedangkan kini Malaysia sendiri tenat dgn penularan wabak ini.

Ekonomi Malaysia sdg suram, Muhyiddin hanya mampu habiskan reserve dalaman tanpa ekonomi luaran. Apa yg dia sebut di media, ekonomi berkembang...ekonomi naik...ekonomi maju... industri 4.0,,,, itu semua hanya mekap utk sedapkan hati. Lebih 70 menteri, mungkin dalam situasi Umno Baru beri kata sepatah dua kpd kem Muhyiddin... yg kita takuti kelak silap hari menteri lantikan akan melebihi dari angka 80.

Situasi umno yg beri ugutan kata dua kpd Muhyiddin, hanya utk survival ahli politik mereka saja. Tak lebih dr itu. Mereka inginkan kuasa PM itu walau apa jua acara di samping inginkan jawatan2 tertentu + berunding agar kerusi miliknya di pulangkan semula atau PRU15 nanti Bersatu tak buleh kacau kerusi marginal milik umno. Jika perbincangan ini tidak berhasil, Muhyiddin akan lanjutkan tempoh PKPB ini lg.

Bukankah dah kata, mereka mempegunakan isu covid ini utk politik mereka. Situasi rakyat...campak pi ja!!!

Muhyiddin dlm keadaan tersepit, dgn keadaan kesihatan dirinya... cara yg ada ialah serahkan kuasa kpd Azmin. Dan umno sudah pasti tidak mahu ini berlaku. Umno mahukan kerusi PM itu, dan utk membersihkan semua kes besar di mahkamah... kunci mereka adalah pd kuasa jawatan PM.

Jika nak sebut satu persatu teknik bagaimana mereka buleh lakukan setelah dapat kerusi PM... nanti Mark Zuckerberg buat limit post... 

Ok, kembali ke situasi melibatkan YDPA.

Sdra Anwar itu dh lakukan tugas menyerahkan SD. Tuanku berfikir rasional di sebabkan kes covid ini. Itu mmg kami tidak buleh nafikan kepentingan utk awam. Jadi, yg buleh para penyokong ini buat hanyalah bersabar hingga PKPB tamat dan YDPA teruskan memanggil ahli2 politik yg sign SD tersebut. Umum kalian tahu Md Sabu & LGE di jadualkan menghadap kemudian pd Khamis giliran Zahid Hamidi.

Sekiranya PKPB di lanjutkan, persidangan akan datang VONC di lihat cerah. Muhyiddin sudah pasti akan elakkan VONC ini walau apa cara sekalipun. Jika VONC itu berjaya, PRU15 hanya buleh di lakukan selepas 60 hari pembubaran parlimen. Dan COVID 19 ini adalah perkiraan utama buleh atau tidak.

Maka, jalan penyelesaian yg ada... Umno perlu serahkan pemerintahan kpd Anwar dan mereka buleh teruskan susun masalah dalaman parti yg saban hari semakin bertikam lidah dgn Bersatu. PanMip itu pula hanya kan condong kpd sapa yg kuat, tidak lebih dr itu.

Dalam kandang arena yg sdg berlawan, samada VONC @ kata dua dari umno semalam @ SD Anwar tidak berjaya @ PRU15 berlangsung... parti Bersatu berada dalam keadaan sangat genting tidak bermaya. PRU 15 jika berlaku, besar kemungkinan mereka tidak dapat mengekalkan kerusi2 sedia ada apabila Umno bertegas utk ambil kembali kerusi marginal mereka dan tidak buleh usik kerusi sedia ada. Di tambah lg kini Bersatu juga dah ada 2 kem iaitu Azmin dan kumpulannya... Muhyiddin dan kawalannya.

Jadi... jawapan kami kpd kalian, tunggu saja YDPA uruskan yg terbaik.

Malaysia perlu berubah watak pemerintahan. Jika di beri kpd Anwar... beliau hanya ada 2 tahun sebelum ke PRU15. Sekiranya harapan ini berjaya, satu antaranya para penyokong akan sudah pasti bersyukur dan meraikan. Tapi di sisi lain... kami sendiri kan bersama2 dgn pasukan Anwar utk lakukan yg terbaik dalam 2 tahun tersebut. Jika tidak berjaya dan VONC itu berlaku... kita tetap juga akan pergi ke PRU15.

Suasana PRU15, kita bincangkan di posisi yg lain. Maaf, GM tulis panjang lebar. Tak pandai nak lukih... 

Yang berkarya:

Gino Marvela

aka Gin Marvel.