PH perlu gandingan Anwar – Rafizi hadapi PRU 15
AbangMi TokPerak
Sudah tiba masanya DSAI perlukan gandingan yang mantap untuk memperkuatkan semula parti di semua peringkat. Gandingan beliau yang secocok ialah Rafizi Ramli.
Terdapat banyak persamaan antara Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli. Apatah lagi semasa ketiadaan DSAI (dipenjara kerana fitnah), Rafizilah yang banyak membantu mentadbir dan menguruskan parti bersama-sama Dato’ Seri Dr. Wan Azizah selaku Presiden parti ketika itu di samping menangkis segala macam “serangan dalaman” yang dilakukan oleh Azmin Pengkhianat dan Zuraida Pengkhianat. Antara persamaan mereka dari segi prinsip dan perjuangan parti adalah seperti berikut:
- Menentang rasuah dan penyelewengan.
DSAI – Beliau sanggup dipecat daripada tunduk dengan tekanan Dr. Mahathir supaya meletakkan jawatan kerana menegur dan menentang Dr. Mahathir menggunakan wang rakyat untuk bailout syarikat perkapalan anaknya Mirzan sebanyak RM2.2 bilion.
RAFIZI – Beliau telah membongkar pelbagai skandal rasuah pemimpin UMNO dan PAS sehingga dirinya terpaksa berhadapan 14 tuduhan di mahkamah.
- Mengutamakan rakyat
DSAI – DSAI adalah juara rakyat. Beliau mengutamakan rakyat dalam setiap dasar dan matlamat perjuangannya. Beliau pejuang tegar hak dan keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun pada masa sama nasib bangsa lain juga perlu dibela kerana kemiskinan tidak hanya wujud di kalangan orang Melayu. Maka ungkapan terkenal DSAI ialah anak Cina anak saya, anak India anak saya. DSAI adalah pencetus parti berbilang kaum yang terunggul bagi mengurangkan isu perkauman yang melampau.
RAFIZI – Turun ke Pandan telah dapat menyatu-padukan ahli PKR pelbagai kaum akhirnya menjadikan Parlimen Pandan kerusi kuat PKR kerana wujudnya perpaduan kaum. Peruntukan sebagai Ahli Parlimen diagihkan secara berhemah dan seimbang antara kaum. Setiap sen mesti pergi kepada rakyat. Beliau bukan sahaja diterima di kalangan orang Melayu malah dikagumi oleh pelbagai kaum kerana keberaniannya mendedahkan rasuah dan penyelewengan kerajaan UMNO/BN.
Gandingan Anwar dan Rafizi akan dapat memperkukuhkan semula PKR apatah lagi negara sedang menuju PRU15 dalam keadaan Kerajaan Persekutuan PN (baca: Pengkhianat Nasional) yang rapuh, goyah dan caca marba…