Anak orang miskin dituduh menipu cuba akses internet?
MMMS
Murka Allah Yang Tersembunyi
Anak orang miskin macam Veveonah Mosibin telah di tuduh penipu oleh timbalan menteri dari kerajaan melayu Islam PN. Timbalan menteri kata yang rakaman video Veveonah Mosibin terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi membolehkannya menduduki peperiksaan secara online di Pitas, Sabah sebenarnya sekadar dilakukan hanya bertujuan menaikkan ‘viewer’ rancangan YouTubenya.
Ini adalah satu penghinaan untuk anak-anak orang miskin yang cuba ubah diri mereka dari kitaran kemiskinan dengan sambung belajar secara sah di Universiti Malaysia Sabah. Jelas sekali memang timbalan menteri UMNO-PN telah melakukan satu fitnah dan character assassination terhadap Veveonah Mosibin hanya kerana dia miskin.
Yang ironi Veveonah tidak lah menipu ada double degree; dia cuba pergi usaha ambil exam panjat pokok, bukan beli degree online. Tolong bagi penjelasan, Irish International University and Northen California Global University itu dekat mana? Mana bukti yang anda ada Sarjana Sains Politik dan Ijazah Pentadbiran Perniagaan?
Inilah dia murka yang Allah singkap di sebalik pengkhianatan kerjaan Al-Ghadr. Ingat tak jaminan SSST yang kata kerajaan melayu Isle ini sudah dapat tapisan SPRM dan setiap menteri kena pamirkan sijil mereka yang sebenar? Jangan berlepas diri dengan jaminan mu wahai SSST; kami akan tuntut di dunia dan juga hari kemudian. Moga kamu dan mereka akan saling menebus sesama sendiri di hadapan hakim yang Maha Agong.
Inilah yang terjadi bila orang yang tidak layak di beri amanah, maka tunggu sahaja kehancurannya seperti sabda Nabi SAW
“Sesungguhnya kekuasaan itu adalah amanah. Pada hari Kiamat nanti ia akan berubah menjadi kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan haq dan menunaikan apa yang diamanahkan di dalamnya” [HR Muslim].
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra, ia berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah saat-saat kehancurannya”. Salah seorang bertanya: “Bagaimana bentuk menyia-nyiakan amanah itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Apabila urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat-saat kehancurannya”.
Hal ini seperti disebut di dalam Alquran, dalam Surat Al Isra 16 yang berbunyi:
وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا
Artinya: Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar menaati Allah), tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu).
Imam Thabari dalam tafsirnya menjelaskan bahwa ketika Allah hendak menghancurkan sebuah negeri, atau daerah maka Ia menjadikan orang yang hidup mewah atau yang mempunyai modal besar menjadi pemimpin mereka, kemudian mereka berbuat onar, kerusakan, dan kezaliman, yang akhirnya membawa kehancuran daerah itu.
“Tidak pasti jangan kongsi kata Pak Menteri,
Yang pasti, Pak menteri ada Degree Timbang Kati”
Yang pasti, Pak menteri ada Degree Timbang Kati”
betul tak Zahidi Zainul Abidin? Minta maaf sahaja tidak cukup, pak menteri juga kena letak jawatan kalau tak boleh explain lokasi mana 2 universiti tersebut