Ahli Dewan Negeri Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar turut mengecam percubaan Mursyidul Am PAS yang mahu mensucikan Khairuddin. "Tolak tepi soal beliau salah atau tidak, melanggar peraturan dan undang-undang negara, yang penting siapa sahaja kalangan pemimpin PAS yang melakukan kesalahan pasti mendapat pembelaan sewajarnya," ujar Fakhrulrazi dalam satu kenyataan.