Katanya, harga yang ditawarkan seharusnya berpatutan dengan nilai tanah semasa iaitu RM 2,000 satu kaki persegi. “Di situ (Kampung Baru) tanah itu adalah nilai dia RM 2,000 kaki persegi, kenapa nak beli RM850 saja, kenapa tidak nilaikan pada harga semasa. “Kalau dengan harga murah sebegitu, kamu fikir konsep jangka panjang, penjagaan hartanah Melayu di KL (Kuala Lumpur) semua, dia tak seiring,” katanya pada sidang media bersama ahli jawatankuasa DPMM, seperti dipetik Malaysiakini pada 24 September 2019.