Pilihan
Raya Negeri (PRN) Sabah dalam suasana sambutan kemerdekaan Malaysia merupakan
peluang bagi rakyat untuk melantik calon yang benar-benar mahu membebaskan
negeri daripada penindasan dan korupsi, mengisi pemerintahan.
Presiden
KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak ada guna Sabah merdeka dari
penjajah tetapi tidak bebas sepenuhnya daripada manusia yang menindas dan
merampas kekayaan negeri.
"Ini
sebabnya kita capai kemerdekaan pada 30 Ogos, 16 September Sabah bersama
Malaysia. Untuk kita nyahkan Inggeris.
"Mengapa
Raja Brooke memerintah? Mat Salleh jadi Raja Sabah, Sarawak. Kita tolak Raja sebab
apa? Kerana dia tidak wakili kita. Dia perintah sebagai penjajah dan penindas.
"Kita
ganti dengan orang yang sama warna kulit dengan kita. Orang tempatan, tetapi
kalau perangai mcama Raja Brooke apa guna?
"Kita
hadapi Pilihan Raya Negeri pada hari merdeka, hari kebebasan. Kebebasan dari
penindasan, dari kemiskinan, dari sikap pemerintah yang menindas hak kita.
"Jadi
(mengundi dalam) PRN ini adalah untuk memaknai kemerdekaan," katanya dalam
ucapan pelancaran jentera PRN KEADILAN Sabah di Sabah International Convention
Centre, malam tadi.
Dalam
pada itu, Anwar juga bertanya kepada hadirin untuk apakah perjuangan selama dua
dekad? Bersusah payah berkempen, dipenjara, dibuang kerja dan sebagainya?
Semua
itu, katanya, dilakukan oleh ahli dan pimpinan KEADILAN yang kental semangat
untuk menegakkan keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat negeri.
"Kita
berjuang selama dua dekad. Untuk apa kita berjuang?
"Buat
apa susah payah sampai tengah malam jalan ke hulu kehilir. Kawasan bukan dekat,
Kundasang, Keningau, Kota Belud, Kudat. Kawasan jauh, bertarung. Untuk apa kita
berjuang?
"Kita
berjuang untuk menegakkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua rakyat.
"Di
negara ini kita berentap kerana beza agama, warna kulit. Sementara kita bangga
dengan budaya Bugis, Kadazan, Murut, Suluk, kita juga adalah manusia dan mesti
pertahankan karamah insaniah, ciri kemanusiaan itu. Tidak ada manusia yang mahu
haknya dirampas.
"Tiada
manusia, sama ada muslim atau Kristian atau Hindu yang mahu agama mereka
dihina. Tiada manusia yang mahu kekayaan negara, balak, tanah dan khazanah
negeri dirompak oleh segelintir orang.
"Kalau
ada manusia yang sanggup diam dan cium tangan yang merompak, menang bangang
habis-habisan," katanya disambut tepukan gemuruh.
Gimik pelancaran Jentera PRN
Negeri yang dihadiri pimpinan KEADILAN seluruh Malaysia
Sementara
itu, dalam ucapan pembukaan, Anwar memuji ahli-ahli KEADILAN Sabah yang dilihat
lebih bersemangat selepas tragedi pengkhiantan di peringkat nasional pada
Februari 2020 dan di peringkat negeri pada Julai lalu.
"Saya
bersyukur kerana muncul semangat dan kekuatan baru dalam KEADILAN Sabah.
"Sebelum
saya datang saya tinjau perkembangan, pimpinan pusat, ahli parlimen, MB, exco
negeri turun bersama. MB Selangor Amiruddin, MB Negeri Sembilan Aminuddin telah
pun turun ke gelanggang.
"Bila
AMK lancar gerakan ada program di Sook, Kota Belud. Saya lihat sambutan rakyat
kembali hangat untuk mempertahankan KEADILAN.
"Ini
tidak mungkin berlaku hanya dengan tekanan pimpinan atau semata-mata kerana
parti. Ia berlaku kerana kekuatan akar umbi dari Cabang dan Ranting, AMK dan
Wanita Sabah," katanya lagi.