JUAI AGAMA LAGI KAH..


Image may contain: 1 person, text that says "Berita Harakahda!h PAS dimusuhi kerana bawa Islam September 7, 2020 KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, PAS tetap teguh berdiri membawa perjuangan Islam sejak sekian lama walau pelbagai tohmahan dan fitnah telah dilemparkan."
Yang pertama, PAS tak dimusuhi pun. PAS hanya dikritik. Itupun tiada kena mengena dengan perjuangan Islam. Hanyasanya ia dikritik dan ditegur kerana kelemahan manusia yang memimpinnya, bukan kerana dasar partinya.

Yang kedua, sebagai sebuah organisasi, pemimpin PAS perlu terbuka terhadap kritikan, bukan berlindung di belakang perisai agama bagi mewajarkan kelemahan mereka.

Yang ketiga, PAS ada sumbangan terhadap politik demokrasi Malaysia. Pada masa yang sama kelemahannya juga banyak. Mengiktiraf kelemahan itulah yang membayangkan bahawa PAS hanya sebuah organisasi politik, bukan jemaah yang MEWAKILI agama Islam seperti yang dipercayai oleh sesetengah pengikutnya.

Politik Nabi saw menghnubungkan silaturrahim antara Ansar dan Muhajirin. Dan ketika menghubungkan itu, Nabi tak putuskan silaturahim dengan mana-mana puak lain. Itu je nak bagitau...

Yang ikhlas,

-TuGu DuSun Sahul HM-





No comments: