Menurut beliau Pemuda AMANAH menyambut baik saranan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk melakukan pindaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), dengan meningkatkan denda kepada nilai RM1 juta pada sesi Sidang Dewan Undangan Negeri akan datang. "Kerajaan Persekutuan juga perlu meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 seperti Seksyen 34B(1) misalnya, dan Menteri Alam Sekitar wajar menggunakan Seksyen 51(1) untuk penggubalan peraturan-peraturan yang lebih ketat.