MCA bantu pekebun durian Pahang, PN salahkan DAP
Lihatlah bagaimana MCA begitu komited membela penceroboh-penceroboh tanah kerajaan di Raub, Pahang sampaikan Naib Presidennya yang bertaraf timbalan menteri sendiri turun ‘buat kerja’.
Portfolio kementerian beliau tidak ada kena mengena pun dengan isu tanah tetapi ini menunjukkan betapa pentingnya isu ini buat partinya. Ini merupakan sesuatu yang luar biasa.
Apa yang membimbangkan, perjumpaan pimpinan MCA ini ialah dengan exco negeri Pahang (UMNO) untuk berbincang mengenai penyelesaian ‘win-win’ dalam isu pencerobohan tanah di Raub, Pahang tetapi tidak pasti apakah yang dilobi dan dituntutnya.
Rakyat mahu tahu apa sebenarnya yang dirundingkan oleh MCA ini. Exco kerajaan negeri manakah lagi akan berjumpa dengan mereka ini selepas ini? Apakah sebenarnya tawaran yang dipersembahkan kepada kerajaan negeri, apabila beliau menyebut ‘win-win’ sebegini?
Ramai yang tidak sedar atau terlepas pandang akan apa yang sedang diusahakan oleh MCA dalam isu pencerobohan tanah Pahang ini kerana para pemimpin politik Melayu yang lantang dalam isu ini tidak akan menyebut mengenai MCA pun, kerana itu kawan mereka. Apa yang penting hanyalah mileage dan publisiti parti tanpa menyedari ada musuh dalam selimut. Jujurlah kepada rakyat.
Saya pasti MCA akan terus diberikan laluan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu tetapi hakikatnya MCA mesti ditolak dalam PRU-15 sebagaimana rakyat perlu tolak DAP.
Sedarlah, bukalah mata kita.
Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)