LANGKAH AWAL BERSATU SEJAK AWAL DIRAGUI


1. Dari awal lagi, semasa Bersatu di bawah Tun Mahathir menyatakan hasrat bersama Pakatan Harapan, antara yang menjadi keraguan orang-orang PH adalah mereka yang menjadi pembantu-pembantu Tun.

2. Walaupun Tun dilihat begitu bersungguh untuk bersama PH, atas semangatnya mahu menumbangkan Najib dan BN, tetapi orang-orang Tun di kiri dan kanannya sangat tidak cocok dengan semangat PH.

3. Siapa yang dimaksudkan? Ini apa yang kawan-kawan PH sampaikan kepada saya. Kata mereka, cuba tengok siapa yang ada dengan Tun sepanjang Tun bergerak berkempen dan sebagainya.

4. Siapa yang Tun angkat sebagai Pegawai atau Setiausaha Politik nya? Hampir semuanya yang mempunyai rekod permusuhan dengan Anwar.

5. Tiga nama yang kawan saya ini sebutkan. Pertama, Zahid Md Arip. Kedua Khairuddin Abu Hassan. Ketiga, Abu Bakar Yahya atau ABY.

6. Sebenarnya, ramai juga pelik, dalam sekalian ramai cerdik pandai yang Tun boleh pilih sebagai Setiausaha Politik beliau ketika menjadi Perdana Menteri,  kenapa Tun boleh bersetuju dengan nama-nama tersebut.

7. Sedangkan Tun sentiasa menyebut tentang pentingnya mengangkat anak-anak muda yang berkebolehan. Tetapi mereka ini juga yang dipilih.

8. Malah, Zahid Md Arip itu, tersangatlah cacat dari segi rekodnya kerana terlibat dengan kes FGV dengan Isa Samad.

9. Oleh sebab itu, langkah gerak Tun walaupun ramai yang kata tak diatur oleh sesiapa, tetapi sedikit sebanyak nasihat-nasihat atau percaturan-percaturan mereka ini dipakai.

10. Kalau boleh kita lihat secara menyeluruh, kesilapan Tun ini juga harus diperbetul. Sehingga sekarang ini, Abu Bakar Yahaya dan Khairuddin Abu  Hassan masih lagi mempunyai akses dengan Tun.

11. Walaupun kita tidak tahu setakat mana mereka ini berjaya mempengaruhi Tun dan mencatur untuk Tun, tetapi dengan rekod yang ada, kita hairan bagaimana Tun boleh percaya lagi pada mereka.

12. Sekali lagi kita menyaksikan bagaimana tokoh pemimpin yang menjadi tonggak dan harapan rakyat dikawal orang keliling yang menjengkelkan dan merosakkan.

13. Apa pun, kita berharap sebaliknya. Semoga pemimpin-pemimpin ini berkeupayaan menangkis nasihat buruk dari keliling. Mudah-mudahan.

Dr Razam Ramli.


No comments: