DARIPADA 4, 281 RESPONDEN, 97% MAHU AGAR PH MENERUSKAN
PERJUANGAN MENENTANG PENGKHIANAT KERAJAAN PINTU BELAKANG TANPA TUN MAHATHIR.
Saya telah mengemukakan kaji selidik/poll bertajuk "
PAKATAN HARAPAN HARUS KE HADAPAN TANPA MAHATHIR". Bersetuju atau tidak?
Kaji selidik ini bermula pada 01 Sept 2020 dan berakhir semalam 08/9/20. Saya
telah memperolehi keputusan seperti berikut:
1. SOKONG PH TANPA MAHATHIR - 97.0%
2. SOKONG PH BERSAMA MAHATHIR - 2.9%
Keputusan melalui Poll atau kajiselidik melalui apa cara
sekalipun sememangnya bukan keputusan yang muktamad, namun kajiselidik ini
sudah memadai untuk memberi gambaran betapa Tun Mahathir bukan lagi tokoh yang
popular malah dibenci ramai angkara kegagalan dan kecuaian serta kerjasamanya
sehingga kerajaan PH yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU14 yang lalu
ditumbangkan dengan mudah oleh para pengkhianat.
Dosa besar Mahathir adalah apabila beliau meletakkan jawatan
disaat kerajaan PH masih lagi berupaya untuk menghalang rampasan kuasa
tersebut. Alasannya iaitu beliau tidak lagi mendapat sokongan daripada MP-MP
dari partinya Bersatu serta segelintir dari kumpulan semburit menjadi penyebab
beliau meletakkan jawatan amat tidak boleh diterima. Ini adalah kerana kerajaan
PH bukan hanya bergantung dengan Bersatu mahupun segelintir dari puak yang
diketuai oleh semburit.
Sewajarnya beliau mendapatan pandangan atau nasihat daripada
pimpinan PH terlebih dahulu sebelum menggunakan otaknya yang telah lagi
berfungsi ketika itu. Malangnya, beliau sememangnya mahu PH tumbang kerana
beliau bercadang untuk menjadi PM kali ketiga di bawah kerajaan perpaduan
kononnya.
Jika beliau berjaya menubuhkan kerajaan perpaduan, maka beliau akan
dapat menggagalkan usaha PH untuk mengangkat Anwar sebagai PM dan beliau akan
menjadi PM sehingga nyawanya dicabut.
Wajib bagi PH menjauhi manusia ego, sombong dan busuk hati ini.
Mana-mana pimpinan dari PH yang masih mahu melutut dan menyembah Mahathir,
sudah pasti akan dihukum oleh rakyat. Jangan marah jika kamu juga akan diserang
habis-habisan kerana menjadi perisai kepada manusia tidak sedar diri ini.
WFAUZDIN NS