Jangan puja Hj Hadi berlebihan
Ahmad Sayuti Bashiron
Kata Pak Daeng pada kami, “ana sampai hari ini panggil Presiden Pas itu Ustaz Hadi sahaja”.
“Ana tak panggil dia Tok Guru macam orang panggil hari ini”
“Sedangkan ramai lagi ulamak besar dalam Pas terdahulu termasuklah Ustaz Fadzil Nor sampai meninggal pun orang panggil Ustaz sahaja”.
“Memberi pelbagai gelaran itu dan ini pada ketua adalah ciri Syiah yg sifat utama mereka memuja-muja ketua mereka dgn gelaran seperti ayatullah atau ruhullah yg meletakkan pemimpin politik itu berada pada level yg dianggap maksum”
“Dan akhirnya wujudlah doktrin dalam kepala pengikut bahawa ketua mereka atau Tok Guru itu tak boleh ditegur dan kita di bawah hanya layak untuk taat dan patuh sahaja arahan ketua sekalipun kita rasa tak betul dan salah…”
Itulah hasil kupasan² awal Pak (Dr) Daeng Sanusi Daeng Meriuk dalam ziarah² awal kami dalam siri usrah yg panjang mengambil ‘ibrah dan mutiara perjuangan serta keberanian beliau dalam memimpin party satu ketika dahulu.
Kata Pak Daeng lagi,
“Ya Akhie, ana mengkaji Syiah itu pada zaman orang tak kenali pun lagi Syiah masa itu, masa ummat Ialam dunia begitu kagum pada Khomeini apabila jatuhnya Shah Iran hujung 1970an dulu…”
Saya kongsikan hadith keras di bawah ini buat teguran utk seorang AJK Pas Dr Halimah Ali dan seluruh penganut Pas yg pada masa ini benar² menganggap bahawa Presiden party mereka yg didaftarkan di bawah pertubuhan Rigistrar of Soceity Malaysia (ROS) sebagai party politik seolahnya seorang maksum sama seperi Syiah meletakkan Khomeini sbg ketua mereka yg maksum dan di frame kan wajah serta digantung di rumah² sekitar 1980an dulu.
Di Malaysia pun masa itu ramai yg mulai menggantung wajah Khomeini di rumah masing² atas kekaguman pada pemimpin Syiah itu. Mulai dari kekaguman pada susuk tertentu hingga akhirnya Syiah menjadi aqidah sebahagian dari rakyat kita…
Saya nak quite lagi sekali kata Pak Daeng itu…
“Ya Akhie, kalau antum tak segera tukarkan Presiden Pas dari Ustaz Hadi itu kepada Ustaz lain pada muktamar tahun ini (2013) atau yg akan datang (2015), ana yakin Pas akan jadi lebih mirip kepada Syiah dan Ustaz Hadi itu sendiri akan diangkat sama seperti ayatullah Syiah, dan yakinlah Pakatan Rakyat itu sendiri akan pecah kalau Ustaz Hadi terus jadi ketuanya…”.
Cukuplah hadith (sahih) ini menjadi peringatan buat perhatian penganut Pas hari ini. Sedangkan Rasulullah sendiri menghalang kita memuja berlebihan ke atas susuk baginda, tapi wanita ini sanggup menulis terbuka sebegitu sekali, dan itulah yg sedang pada masa ini dipegang oleh ahli bawahan mereka…
Nabi bersabda;
لاَ تُطْرُونِي
Janganlah sesekali kamu berlebihan dalam memuji aku
كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ
Sepertimana orang Nasrani berlebihan memuji (Isa) Ibnu Maryam
فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ
Maka sesungguhnya aku hanyalah hambaNya
فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ
Maka sebutlah (aku sebagai) Hamba Allah dan RasulNya.
Rujukan hadith;
Kitab كتاب أحاديث الأنبي
Moga Allah pelihara & membebaskan kita semua dari pemujaan makhluq dan diberikan hikmah dalam mencari kefahaman perjuangan…