Ketua Penerangan KEADILAN
Sabah, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyeru kepada semua rakyat Sabah
supaya sekali lagi mengundi untuk Warisan Plus pada Pilihan Raya Negeri (PRN)
Sabah.
Beliau berkata, rakyat Sabah
sudah pun memberikan mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) namun
disebabkan pengkhianatan, ia dikembalikan semula kepada rakyat untuk memilih
mandat baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
"Kalau dulu ini kalilah
dan rakyat beri peluang kepada kita untuk menerajui kerajaan. Tapi baru dua
tahun, sudah ada pengkhianat, ada katak mahu lompat
"Jadi kalau dulu ini
kalilah, kita merayu sekali lagilah beri peluang kepada kita, kita merayu
kepada rakyat kali ini bagi kita lima tahun dan apa yang kita cakap boleh
dilaksanakan," katanya.
Pada masa sama, Shamsul berkata
prestasi Warisan hanya boleh dinilai dalam tempoh lima tahun, bukannya 24 bulan
sebagaimana yang terjadi.
"Lima tahun satu tempoh
yang munasabah, mana boleh dua tahun sahaja pilihan raya. Pemilihan parti pun
tiga tahun, mesti ada satu tempoh yang sesuai.
"Justeru, kita minta tolong
orang Sabah baliklah mengundi, beri mandat sekali lagi untuk lima tahun, kita
akan buktikan kerajaan kita stabil, bersih dan boleh bagi kebajikan kepada
rakyat," katanya.