Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran kepada
wakil-wakil BN dalam perundingan iaitu Bung Moktar Radin, Ismail Sabri, Tan Sri
Annuar Musa dan Ahmad Maslan agar kekal dengan pendirian Ketua Menteri dari
Umno.
Manurut sumber, Ahmad Zahid tidak berpuas hati dengan cara
pengendalian rundingan oleh Hamzah Zainuddin dari Bersatu.
Ahmad Zahid yang di dalam kuarantin wajib dikatakan telah
menyatakan kekecewaan ini kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.
Umno Sabah sebelum ini melepaskan banyak kerusi yang dimenangi
dalam PRU lepas kepada Bersatu sebagai sebahagian rundingan akan memperolehi
jawatan Ketua Menteri jika Gabungan Rakyat Sabah menang.
Sumber juga mendakwa Ahmad Zahid juga kecewa dengan cara Bersatu
meletak calon-calon bebas di 6 kawasan bagi mengalahkan calon BN.
Zulimran Nasution
Abdullah Omar