Bersatu khianati Umno di Sabah?
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah memberi amaran kepada wakil-wakil BN dalam perundingan melantik Ketua Menteri baharu, iaitu Bung Moktar Radin, Ismail Sabri, Tan Sri Annuar Musa dan Ahmad Maslan agar kekal dengan pendirian Ketua Menteri dari Umno.
Manurut sumber, Ahmad Zahid tidak berpuas hati dengan cara pengendalian rundingan oleh Hamzah Zainuddin dari Bersatu.
Ahmad Zahid yang di dalam kuarantin wajib dikatakan telah menyatakan kekecewaan ini kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.
Umno Sabah sebelum ini melepaskan banyak kerusi yang dimenangi dalam PRU lepas kepada Bersatu sebagai sebahagian rundingan akan memperolehi jawatan Ketua Menteri jika Gabungan Rakyat Sabah menang.
Sumber juga mendakwa Ahmad Zahid juga kecewa dengan cara Bersatu meletak calon-calon bebas di 6 kawasan bagi mengalahkan calon BN.