PEMIKIRAN BELIAU TENTANG RAKYAT MISKIN ..RAMAI TAK SETUJU

 


Anak saya cakap tepat, "Mak orang Melayu tak suka Anwar Ibrahim sebab dia bijak, pemikirannya lain. Mak tengok saja P Ramlee masa hidup dia, mana orang Melayu suka. Bila dah mati, baru cakap P Ramlee genius la.. Dulu masa hidup they made fun of him!"

Benar. Teringat saya Hang Nadim yang dirantai dan dicampak ke dalam laut setelah berjaya menyelesaikan masalah orang kampung yang mati diserang todak!

Pokok pisang penyelamat nyawa. Tidak diberi anugerah kepada jasanya malah diambil nyawanya kerana hasad akan kebijaksanaannya. Konon kebijaksanaannya menjadi ancaman kepada takhta raja!

Begitu juga Magnificent Century sanggup bunuh adik beradik hatta anak sendiri demi takhta dan ingin bersemayam sehingga mati. Bila mati reti pula tidor dalam tanah. Kenapa tak disemadi sahaja atas katil empuk sehingga reput daging tinggal tengkorak.

Begitulah manusia mempertahankan batil sedangkan yang mengikutnya bertemu Tuhan berseorangan ialah adil. Wallhu'alam.


As I see it... Kak Ida