SEBAIK-BAIK HIJRAH ADALAH MENUJU KEBAIKAN




Hijrah bukan bererti berpindah dari yang lebih baik kepada yang lebih buruk.  Hijrah bukan bermaksud melompat dari perjuangan yang benar kepada yang bathil.

Hijrah terbaik adalah berpindah dari keburukan kepada kebaikan.  Jangan kerana kuasa dan kedudukan, maka kita sanggup menggadai prinsip berhijrah ke arah kebathilan. 

Jika kita tidak mampu bersama dengan pejuang-pejuang kebenaran,  jangan sesekali kita menyokong kemungkaran dan kebathilan. 
Salam Maal Hijrah, semoga negara ini akan kembali kepada yang hak dan kebathilan akan hancur. 

KEADILAN Cabang Paya Besar tetap istiqomah dengan prinsip menentang kezaliman, kemungkaran dan pengkhianatan.  Kami tetap bersama untuk menegakkan keadilan. 

Wan Fauzuldin Wan Samad
Ketua Cabang KEADILAN
Paya Besar