KENYATAAN SAIFUDDIN NASUTION BERKAITAN (CIK SUAMI)




Agak membimbangkan apabila ujian saringan yang didapati negatif di lapangan terbang dijadikan dalil kenapa Menteri PN tidak perlu melalui tempoh kuarantin wajib di rumah.

Baru beberapa hari lalu, Tan Sri Noor Hisham maklumkan bahawa kluster Sivagangga, salah satu kluster paling dahsyat yang melanda Kedah diakibatkan oleh seorang pemilik restoran yang juga menjalani ujian saringan di lapangan terbang dan didapati negatif.

Namun, pada ujian kedua, didapati positif. Malangnya pemilik restoran tersebut tidak mematuhi tempoh kuarantin wajib di rumah dan telah menjangkiti ramai mangsa.

Kluster Sivagangga sekarang telah merebak ke Perlis dan Pulau Pinang.
Tidak menjalani tempoh kuarantin wajib di rumah selepas balik dari luar negara adalah sesuatu yang sungguh tidak bertanggungjawab dan membahayakan orang lain.

Pemilik restoran tersebut telah didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM12,000 oleh mahkamah Majistret atas kesalahan tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian.
Menteri PN?

Saifuddin Nasution Ismail