NIKMAT KA JADI KHODAM PECACAI?SEKARANG SIAPA DAPAT DEDAK

Mana-mana parti pembangkang perlu belajar daripada PAS untuk menentang BN pada pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad. "Ada orang nak ajar PAS (berlawan dengan BN). Nak lawan BN kena belajar dengan PAS. Ini baru nak belajar jadi pembangkang, nak ajar kita jadi pembangkang pula. "Itu pun pasal dia lari dari Umno sebab tak dapat dedak, bukan kerana prinsip. Kita belajar lebih 60 tahun," katanya ketika berucap pada Himpunan Fastaqim 2.4 di Shah Alam hari ini. Tanpa menamakan individu terbabit, kenyataan Idris itu dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad. Idris berkata PAS telah lama berdepan musuh politiknya itu hampir setiap pilihan raya, kecuali sekali ketika membentuk kerajaan campuran bersama BN pada 1974.

No comments: