Agak
membimbangkan apabila ujian saringan yang didapati negatif di lapangan terbang
dijadikan dalil kenapa Menteri PN tidak perlu melalui tempoh kuarantin wajib di
rumah.
Baru
beberapa hari lalu, Tan Sri Noor Hisham maklumkan bahawa kluster Sivagangga,
salah satu kluster paling dahsyat yang melanda Kedah diakibatkan oleh seorang
pemilik restoran yang juga menjalani ujian saringan di lapangan terbang dan
didapati negatif.
Namun, pada
ujian kedua, didapati positif. Malangnya pemilik restoran tersebut tidak mematuhi
tempoh kuarantin wajib di rumah dan telah menjangkiti ramai mangsa.
Kluster
Sivagangga sekarang telah merebak ke Perlis dan Pulau Pinang.
Tidak
menjalani tempoh kuarantin wajib di rumah selepas balik dari luar negara adalah
sesuatu yang sungguh tidak bertanggungjawab dan membahayakan orang lain.
Pemilik
restoran tersebut telah didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara lima bulan dan
denda RM12,000 oleh mahkamah Majistret atas kesalahan tidak mematuhi perintah
pengawasan dan pemerhatian.
Menteri PN?
Saifuddin
Nasution Ismail