Hijrah bukan
bererti berpindah dari yang lebih baik kepada yang lebih buruk. Hijrah bukan bermaksud melompat dari
perjuangan yang benar kepada yang bathil.
Hijrah
terbaik adalah berpindah dari keburukan kepada kebaikan. Jangan kerana kuasa dan kedudukan, maka kita
sanggup menggadai prinsip berhijrah ke arah kebathilan.
Jika kita
tidak mampu bersama dengan pejuang-pejuang kebenaran, jangan sesekali kita menyokong kemungkaran
dan kebathilan.
Salam Maal
Hijrah, semoga negara ini akan kembali kepada yang hak dan kebathilan akan
hancur.
KEADILAN
Cabang Paya Besar tetap istiqomah dengan prinsip menentang kezaliman,
kemungkaran dan pengkhianatan. Kami
tetap bersama untuk menegakkan keadilan.
Wan
Fauzuldin Wan Samad
Ketua Cabang
KEADILAN
Paya Besar