Kenapa tidak umum baucar tenaga elektrik seperti S’pura
Ipohmali
Hari ini Kerajaan tebuk atap mengumumkan subsidi Elektik sebanyak RM 77 setiap isi rumah bagi 3 Bulan tempoh PKP, Bayaran akan dikreditkan dalam bil bulan Julai… Kos untuk Subsidi ini sahaja hampir RM 1 Billion, bersamaan kos peruntukan RM 500 bayaran BSH setiap isi rumah..
Biarpun tidak sepadan dengan kenaikan yg tinggi, pada prinsipnya..bagi aku penyelesaian ini tepat..Akhir penyelesaian Kerajaan sama dengan model Singapura yang aku tulis 3 hari lepas… iaitu Baucer untuk tenaga dan Utlity SD 100.
Tu sebab aku kata, kalau ikut Model Singapura.. tak perlu fikir teruk teruk pasal inisiatif dan kadar tarif..bagi aku TNB tak salah..yg salah Kerajaan gagal berfikir menyasarkan sasaran yang tepat.. pakej Rangsangan RM 35 Billion yg bakal dipinjam itu sia sia..
Apa makna dari semua ini, Tambahan RM 1 billion dalam pakej rangsangan, atau suntikan Fiskal dari sejumlah RM 35 billion yg mana kerajaan terpaksa berhutang….Nampaknya Kerajaan akan terpaksa pinjam dari duit rakyat RM 1 billion juga nanti.. atau kerajaan kehilangan hasil dari cukai atas jumlah tersebut..
akhirnya, Subsidi ini juga akan dibiayai dari simpanan Rakyat sendiri sama seperti BPN dan suntikan yang lain dalam pakej Prihatin dan Penjana.. Takpa guna semahu mungkin.. tahun depan kita rasa kesan sebenar..