Kadang min tertanya, kenapa isu ni dah tak bising macam dulu sedangkan ia tak selesai lagi?
malaysiakini.com
Keadilan buat Adib: Tunggu polis tahan pembunuh, kata Takiyuddin
"Untuk kes jenayah tidak ada tempoh. Selagi kes berjalan boleh didakwa apabila mendapati cukup bukti," kata menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Benarkah isu ini betul-betul membuatkan orang Melayu marah seperti yang dimomokkan dulu? Kenapa dah senyap sejak kerajaan PN naik? Dah hilang marah? Walhal kes masih tak selesai dan kita masih tak tahu perkembangan kes ini.
Atau yang marah isu ini hanyalah Melayu-Islam versi UMNO-BN? Marah kes isu Adib tapi terciduk kes Timbalan Menteri Pendidikan PN hari ini adalah tokoh MCA yang anti jawi?
Baiklah. Kita bantulah UMNO-BN cari point untuk teruskan propaganda mereka.
Mudah. Sebagai Kerajaan hari ini, korang bolehlah ikut cara PM6, salahkan je semua kerajaan PH dulu. Senang.
Contoh: Bil TNB naik, boleh kata kerajaan PH naikkan tarif (walaupun bil naik sejak PN ambil alih).
Yang ini, boleh kata benda yang sama. Kerajaan PH tak selesaikan kes ini.
Walaupun alamak, baru teringat Kementerian yang bertanggungjawab selesaikan isu ini dulu ialah Kementerian Dalam Negeri yang mana menterinya ialah PM kerajaan PN.
Aduh, sekali lagi: terciduk.
Friend Of Mazslee