AKU DAH KATA BANYAK KALI


TINTA

Agenda utama kita ialah reformasi... DALAM masa yang sama kita nak kembalikan mandat rakyat..

Jika kita boleh gunakan strategi serampang dua mata... dapat kedua-duanya sekaligus kenapa kita nak terkial-kial buat satu persatu...
Approach je mana-mana pihak yang boleh terima agenda reformasi yg kita bawak... dan pihak mana yang berminat,terus kita gembeling kerjasama dengan mereka seterusnya eratkan kerjasama untuk menuju PRU15... Jika kerjasama itu dapat mengembalikan mandat rakyat dalam masa terdekat..ia suatu bonus...!!!

Jika tidak mencukupi, kita boleh gandakan usaha kerjasama itu sebagai bekalan menghadapi PRU 15... Apatah lagi senario semasa menunjukkan PRU 15 nanti akan menemukan pertembungan gabungan2 parti politik yg baharu..

Kita perlu ingat,
pihak lawan tidak ada pantang larang dlm usaha mereka mahu merampas kuasa dan mengekalkan kuasa...
Mengapa kita ada pantang larang?
Mengapa pulak ada parti yg kita tidak boleh approach utk bekerjasama..
Aku bagi satu cadangan..
propose Umno... ajak bentuk kerajaan, Umno sgt berpengaruh dgn Istana... nk kembalikan mandat rakyat bukanlah perkara mustahil jika mahu dilakukan dlm masa terdekat... bincang kerjasama elok-elpk..
Propose juga kerjasama utk PRU 15... ingat kaedah SERAMPANG DUA MATA...

Mandat rakyat kita dapat,agenda reform kita dpt...
UMNO juga dapat kita reform dan perbaiki... sebab skrg ni smua parti pun dh bangkai mcm UMNO,eloklah kita baiki parti melayu yg terkuat terlebih dahulu..
Wujudkan kerangka dan teras masa depan hala tuju minda perjuangan politik negara.. politik bukan medan utk mengkayakan diri..bukan utk sakau projek... bukan tempat nak pakai kabel pihak tak layak pun jadi layak... politik dan kuasa utk serve rakyat...memang cita2 ini tinggi,namun sesuai lah hasrat ini dilontarkan memandangkan pemimpin yg bakal memimpin agenda ini bukanlah sosok yg calang - calang... DSAI...!!!

Kita..
Apa peranan kita???
Takkan nk tengok beliau sorang2 terkial2 lakukan smua ini demi kita..
Takkan kita sekadar tukang jerit utk beri sokongan..APATAH lagi mencemuh beliau...
Marilah kita menggembeling usaha ini.. berjuang demi masa depan negara yg madani...

Ini semua adalah cadangan...kang kalau DSAI buat mcm ni jgn tuduh aku pulak dok racun fikiran dia...🤣🤣🤣

InshaAllah... ada sinarnya...

#Reformasi
#LawanTetapLawan
#MembujurLaluMelintangPatah
#Dsai4PM
#InshaAllah