Bacalah dengan tenang..(TUJU PADA SIAPA TAK TAU)



Cuba kita berhenti sejenak dan sama2 berfikir untuk ahli-ahli parti amanah sahaja, tolak tepi sekejap sokong tun atau anwar.. Cuba kita fikirkan survival dan maruah dan harga diri parti kita dahulu, pasti kita akan faham.
Sepanjang 22 bulan PH  memerintah dibawah tun, berapa banyak benefit yg parti kita dapat merasa imbuhannya... Apa yg tun pernah sekat dan halang setiap permintaan parti amanah..semua diturutinya....  Hingga dikatakan amanah sebagai parti kesayangan tun..

Cerita pergaduhan semua ni hanya berkisarkan perseteruan tun dan anwar jer... Kenapa jadi membuku, sebab dari mula ph menang beliau diserang setiap hari tanpa henti oleh para penyokong ph dan jelas kepimpinan pkr memaksa dia letak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada anwar walaupun masih jauh untuk cukup 2 tahun.. Hingga apa sahaja kenyataan tun semua dihentam lebih dari walaun pasumno pula..

Parti amanah sedikitpun tiada masalah dgn tun langsung malah tun masih tetap hormat amanah hingga sekarang ini dan tak pernah menolak untuk berjumpa... Tapi kenapa ahli2 amanah dilihat yang terlebih sudu dari kuah sekarang ni dalam menghentam tun hingga pemimpin utama pkr menghina amanah sebagai tak kenang jasa pun, ahli amanah sedikit pun tak berani bantah atau nak pertahankan partinya sendiri... Begitu nistanya taraf parti amanah ni.... Malah ramai dikalangan pemimpin dalam parti amanah tanpa segan silu terlebih2 menyanjung pkr yg jelas menghina parti amanah... Mana maruah parti kamu....? Antara keduanya siapa lebih banyak berjasa untuk parti kamu...?

Perlu diingat sekali lagi, amanah ditubuhkan kerana dituduh anwarinas daripada pas, tapi susah payah menaikkan parti, membina parti supaya berdiri dan berlari kamu sendiri.. Bukan dari orang yg kamu puja hinggakan ketika mahu menubuhkan pakatan harapan... Warkah dari penjara mengarahkan untuk terus memujuk membawa pas bersama dan tidak bersetuju dengan amanah kerana parti baru lahir yg tiada apa2 kekuatan.... Lupakah kamu....

Dan ingat lagi tak ketika ketika presiden kamu dilantik menjadi menteri pertahanan oleh org yg kamu keji, presiden kamu digelakkan dengan sinis dan sindir oleh org yg kamu puja tersebut yang bersifat menghina... Kamu tak tahu malu ker...? Kamu punya perasaan tak...? Kamu telah membela selama 20 tahun semata untuk dia, tapi apa yg kamu pernah dapat dari beliau walau satu pun... Fikir-fikirkan...