VIDEO INSIDE : ‘Reda dengan arak, judi adalah kerajaan, ulama syaitan’

‘Reda dengan arak, judi adalah kerajaan, ulama syaitan’


Penceramah bersuara lantang, Ustaz Azhar Idrus (UAI) pernah menegaskan pemimpin yang bersekongkol menerima keuntungan daripada arak dan judi sebagai ‘kerajaan syaitan’ dan ‘menteri syaitan’.
Beliau yang dikenali berucap pekat dalam loghat Terengganu itu juga membidas golongan agama yang bersubahat membenarkan arak dan judi juga sebagai ‘ulama syaitan’.
“Siapa yang terlibat dengan arak dan judi, dia adalah tentera-tentera syaitan. Mana-mana pemerintah yang reda dan suka cari keuntungan dengan sebab judi dan arak ini adalah kerajaan syaitan.
“Mana-mana menteri yang setuju dengan arak dan judi, memberikan keuntungan kepada negara itu adalah menteri syaitan.




“Mana-mana Tok Imam yang diam tentang perkara ini, Tok Imam syaitan. Kalau ada ustaz yang suka dengan golongan pemerintah yang ambil pitih (duit), ambil keuntungan daripada judi dan arak ini, (maka dia) ustaz syaitan.
“Kalau ada ulama yang bersekongkol dengan golongan yang membenarkan judi dan arak ini menjadi satu sumber ekonomi di dalam negara, itu ulama syaitan namanya,” tegas UAI yang pernah patah tangan kiri dan hidung selepas terjatuh basikal, November tahun lalu.
Beliau berkata demikian dalam slot Kuliah Dhuha di pentas ‘PR (Pakatan Rakyat) Ganti BN’ anjuran Pas di Dataran PGU Jerteh, Terengganu pada 2011.
Sedutan ceramah UIA tersebut boleh diikuti kembali di laman perkongsian video, YouTube.
Selepas sembilan tahun penegasan UAI itu, Pas yang menganggotai kerajaan ‘tebuk atap’ Perikatan Nasional (PN) berdepan dengan keputusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membenarkan syarikat minuman keras, Heineken beroperasi semasa tempoh kritikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).