LAGI TAK PUAS HATI DENGAN TOK PETI UTARA

https://www.facebook.com/504573316/posts/10157134683938317/

Kepada Tuan Mutfi DrMAZA.com

1. Jadi konsep asas manusia itu perlu berpegang pada janji selagi janji itu tidak bercanggah dengan syarak cuma tuan mutfi tak setuju dengan tindakan memfaraid kan kuasa antara orang-orang yang berkenaan. Senang cerita sebab yang di faraidkan kuasa itu nama nya Anwar Ibrahim kan Mutfi? Kalau namanya selain dari Anwar Ibrahim semua jadi halal. Bukankah dari bulan 9 tahun lepas lagi Mutfi suruh mungkir janji, tuduh Anwar rakus tak bertebing. Tapi yang Allah zahirkan di Shereton itu lah sebenarnya rakus tak bertebing termnasuk la Jemin dan Yidin, dan ia jadi waktu PM ke 7 yang di lantik oleh YDPA masih berkuasa.

2. Cantik sungguh Tuan Mutfi menjual nama YPDA, tiada siapa pun yang pertikai kuasa YDPA untuk melantik perdana menteri. Cuma yang tuan mutfi sembunyikan ialah parlimen adalah tempat untuk Perdana Menteri tadi mengahbasahkan kuasanya sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Jadi Tuan Mutfi kena nasihatkan khalifah dambaan Tuan Mutfi supaya face the music, ini nak bincang stimulus ekonomi di parlimen pun takut-takut; bukanlah segala bala tentera langit dan bumi bersama PM Pintu Belakang, adakah PM Pintu belakang takut dengan bayang-bayang sendiri?

3. Amboi sampai tarik RUKUN NEGARA pula tentang kesetiaan pada raja, cuma time tweet golongan istana tak boleh di pertikai perbuatan mereka dahulu, time tu pakai rukun negara mana?

4. Oh surat yang tak habis-habis tokpeti jual, lepas tu tajjasus pada Anwar kan? Yup. Kami ingat masa itu.

5. Dalam perjanjian muafakat pakatan harapan, ianya di persetujui oleh 4 presiden parti termasuk lah Tun Mahathir sebagai pengerusi bersatu dan Yidin sebagai Presiden Bersatu. Jadi bila mutfi kata perjanjian ini antara Tun dan Anwar adalah pembohongan yang nyata.

6. Lagi sekali Tuan Mutfi hendak menjual nama YDPA, tuan mufti telah cuba menulis sejarah. Pengkhianatan tidak bermula di istana, ia bermula di sheretan setelah berbulan-bulan hasil hasutan dari ulama su'. Lagi sekali saya nak tanya, kalau yidin rasa dia cukup sokongan, kenapa tak mahu buat sidang parlimen tergempar? Ini dia dan gerombolan pengkhianat sibuk merancang tebok atap waktu mantan menteri kewangan dan mantan menteri kesihatan bertungkus lumus menyelamatkan negara. Lalu Allah beri kehinaan lepas pilih jalan tebok atap bila mana menteri semuanya tak berguna dan tak tahu buat kerja; itu pun masih tak nampak lagi? Itu tak masuk yang trust deficit yang mana tak ada satu negara pun yang iktiraf Yidin jadi PM. Sama la dengan kualti menteri kabinet yidin yang guna sijil palsu; you just cant buy respect.

7. Lagi sekali Tuan Mutfi cuba memutar sejarah dengan memutar fakta. Dalam PAS, muktamar adalah badan undang-undang yang paling tertinggi. Bila presiden PAS cuba putus hubungan dengan DAP dan PKR yang berlawanan dengan keputusan muktamar, dia sendiri telah melawan badan yang tertinggi dalam parti. Itu belum masuk hinaan, cercaan dan di halau supaya keluar parti oleh guru tebok atap dan kemuncaknya bila dia hendak bersama dengan UMNO. Sebab itu lah mereka yang bergelar jebon keluar parti sebab mereka mempertahankan perjanjian pakatan rakyat seperti mana yang di pertahankan olah ATGNA. Kini PAS telah jadi hina sehinanya sebab langgar perjanjian, kalah hampir semua kerusi di selangor dan flip-flop terpaksa telan balik ludah mereka yang dulu mengkafirkan UMNO. Even yang mati melawan UMNO pun sudah jadi perkara kecil.

8. Jadi tuan mutfi hendak mengambil kisah 16 Sept 2008; betul ianya tidak bermoral tapi soalan saya adakah perkara itu telah terjadi? Saya sendiri bersyukur ia tidak terjadi kerana mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik. Cuba mufti lihat hadis di bawah, adakah maksiat yang belum di lakukan itu di catat dosanya?

Dari Ibnu Abbas dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dari sesuatu yang diriwayatkan dari Rabbnya, beliau bersabda: "Sesungguhnya Allah menuliskan kebaikan dan kejelekan, kemudian menerangkan hal tersebut, 'Barangsiapa berkeinginan untuk kebaikan namun belum melakukannya maka Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna untuknya, dan barangsiapa berkeinginan untuk suatu kebaikan lalu melakukannya maka Allah mencatat untuknya sebagai sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali lipat hingga beberapa kali lipat. Dan jika dia berkeinginan untuk kejelekan namun dia BELUM MENGERJAKANNYA , maka Allah akan MENCATATNYA SEBAGAI SATU KEBAIKKAN yang sempurna untuknya, namun jika dia mengamalkannya maka Allah mencatatnya sebagai satu dosanya'."
(HR. Muslim: 187)

Dan Anwar hanya manusia biasa yang boleh khilaf; cuma saya nak hendak tanya dosa ghadir yang Tuan Mutfi sudah buat; adakah sudah di kira satu dosa atau pun tuan mutfi maksum dari dosa?

9. Pandai pula tuan mutfi kata iktiraf tiada kaitan dengan politik, habis tu masa PH jadi kerajaan yang sah, yang di lantik oleh YDPA, yang di undi oleh rakyat kenapa tuan mutfi tak mahu iktiraf dan acap kali laung islam terancam?

Dan sebagai penutup, boleh tak remove saya dari blocklist FB? Takkan syok di puji dalam gelanggang sendiri dan tak boleh terima kritikan, kalau tak boleh di kritik jangan jadi mutfi kan?

Mohd Mukhlis Mohd Sharif