Sehingga ini belum kedengaran lagi suara bantahan daripada Pas berhubung kebenaran yang diberikan kerajaan tebuk atap terhadap sebuah kilang arak untuk terus beroperasi ketika PKP dikuatkuasakan.
Jika kita masih ingat, sebelum ini jika ada kejadian pemandu mabuk terlibat dalam kemalangam jalanraya sekali pun misalnya, Pas selalunya paling awal bersuara agar kilang arak ditutup dengam segera.
Tetapi, kenapa sekarang mereka berdiam diri?
Bukankah Pas sudah jadi sebahagian daripada kerajaan tebuk atap ini?
Sementara masjid ditutup, surau ditutup, gedung membeli belah ditutup serta banyak kilang lain turut ditutup ketika PKP ini, mengapakah kilang arak dibenarkan terus beroperasi?
Di mana suara Pas dalam kerajaan tebuk atap ini dalam soal yang berkaitan Islam?
Mengapa Pas tidak membantah?
Dulu semasa PH memerintah, selalu Pas mengatakan Islam sedang terancam di negara ini, tetapi kenapa setelah Pas ada dalam kerajaan, penghinaan kepada Islam lebih teruk jadinya?
Sebagai parti Islam, kenapa diam saja dan tidak bersuara?
Adakah kerana terlalu seronok jadi menteri dan duta khas, maka suara memperjuangkan Islam sudah tersangkut dalam halkum sendiri?
(ShahbudinHusin 06/04/2020)